Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

El-Nino: JLKN Dapatkan Nasihat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mendapatkan pandangan agensi berkaitan...

10 Cedera Kemalangan Babitkan...

SUNGAI BULOH - Empat kanak-kanak antara 10 penumpang kenderaan yang cedera dalam kemalangan...

Bersih 4 “Hari Kemarahan...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah...

Tok Mat Ucap Tahniah...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tugas berat menanti...

Menteri WP Bertegas Tolak Pesta Arak Di Ibu Kota

“SAYA tidak kisah jika ada negeri lain yang nak anjur pesta sebegini tetapi bukan di Kuala Lumpur. Tolong ikut peraturan yang telah ditetapkan,” itu kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malahan berkeras untuk tetap menolak sebarang penganjuran aktiviti yang boleh mengancam keselamatan rakyat di Kuala Lumpur.

Penolakan acara Better Beef Festival 2017 adalah disebabkan faktor keselamatan memandangkan lokasi dipilih pihak penganjur merupakan lokasi terbuka dan bukan kerana tekanan politik seperti dakwaan sesetengah pihak.

Tengku Adnan bahkan mengesahkan, penolakan penganjuran itu tiada kena mengena pun dengan desakan politik seperti diperkatakan pihak tertentu kerana ia lebih kepada keselamatan rakyat dan menjaga sensitiviti agama.

“Penganjuran ini bahaya kerana ia dilakukan ditempat terbuka kepada semua orang. Bila tempat terbuka, ramai orang, macam-macam benda boleh berlaku yang kita tidak tahu. Apa yang utama, untuk jaga keselamatan rakyat.

“Apa pihak kami buat (penolakan), tertakluk di bawah Seksyen 76, Akta Eksais 1976 atas kesalahan jual minuman keras memabukkan tanpa lesen. Jangan cakap kami buat atas desakan politik, ia tidak benar,” kata Tengku Adnan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya pada sidang media selepas hadir merasmikan Majlis Pembukaan Pusat Galeri Jualan M Centura milik pemaju Mah Sing Berhad di Maxims Citylights, Sentul di sini pada Khamis.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz menolak permohonan penganjuran pesta arak itu kerana disifatkan sebagai satu program sensitif, sekali gus mampu menimbulkan kemarahan masyarakat.

DBKL ujarnya menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos lalu untuk menjalankan aktiviti berkenaan dari 6 hingga 7 Oktober ini di Solaris Damansara, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga 11 malam.

Mengulas dengan lebih lanjut, Tengku Adnan menambah, pihak kementerian berkeras untuk menolak sebarang aktiviti yang boleh ancam keselamatan rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuah di bawah pentadbirannya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya penganjur berhasrat ingin mengadakan pesta tersebut tetapi dengan syarat ia diadakan di tempat yang tertutup. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori