Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Bagi Amaran Batalkan...

Johor Bahru : Polis memberi amaran keras supaya penganjuran acara dipercayai parti seks...

Kisah Najib, Pahit Maung...

29 FEBRUARI yang istimewa kerana hadir sekali setiap empat tahun, turut menjadi tarikh pilihan bagi...

APMM Gagalkan Penyeludupan Arak...

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan penyeludupan 7,840 karton arak...

Lelaki Maut Treler Dipandu...

KULIM - Seorang lelaki maut apabila treler dipandunya terbabas sebelum melanggar tebing bukit...

“Mereka Bagaikan Anak Angkat Saya” – Rizalman

TRAGEDI kebakaran yang telah menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam bagi seluruh penduduk Malaysia.

Terdapat beberapa artis tempatan yang turut berkongsi kesedihan ini. Ada juga golongan artis ini yang malah sememangnya mempunyai hubungan agak rapat dengan pelajar yang terkorban itu semalam.

Antaranya ialah pereka fesyen terkenal, Rizalman. Difahamkan bahawa anak sulungnya, Umar Nail, pernah menuntut di tahfiz tersebut dan sangat rapat dengan anaknya itu.

Pelajar di tahfiz itu juga boleh dikatakan sebagai anak angkat kepada Rizalman kerana mereka sering dijemput ke kediamannya yang berdekatan dengan tahfiz tersebut.

Rizalman juga telah memuat naik sekeping gambar kenanganya bersama anak-anak tahfiz tersebut. Ada antara mereka yang di dalam gambar itu merupakan mangsa kebakaran.

Juga terdapat video pelajar tahfiz itu telah di edit oleh pekerja Rizalman sendiri. Sebelum ini, beliau pernah jalani penggambaraan di lokasi lama tahfiz itu bersama penghuninya bagi cerita pendek arahannya bertajuk Pulang.

https://www.instagram.com/p/BZBVUe8nfVQ/?taken-by=rizalman71

“Kerana kehilangan yang begitu hening ini kami di RIZALMAN begitu terusik hinggakan salah satu pekerja menyiapkan satu kupasan video tribute memperlihatkan bagaimana rindunya kami pada mereka yang telah pergi menemui Ilahi.


“Keakraban kami dan institiusi madrasah ini jelas kelihatan apabila saya juga pernah mengambil lokasi madrasah lama mereka serta penghuninya untuk sama2 berlakon bersama saya dan Umar di dalam cereka pendek saya yang bertajuk Pulang.”

Anak-anak syurga ini juga dikatakan ada dijemput bagi meraikan majlis hari lahir Rizalman pada tahun lalu di kediamannya.

Rizalman juga mengatakan bahawa tujuannya membina rumah berdekatan dengan tahfiz ini ialah supaya anak-anak tahfiz ini dapat datang ke rumahnya dengan lebih kerap dan bermandi-manda di kolam renang di rumahnya. Namun, siapa sangka. Allah telah pun menyediakan syurga buat mereka di sana.

“Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis harijadi ini dan saya tujukan khas pada anak2 ini yang berbunyi.. ‘keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah2 seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika diizinkan’,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen gambar tersebut.

Anda yang membaca kapsyen Rizalman ini pastinya tak dapat menahan rasa sedih di hati. Sungguh mulia hati anak-anak ini. Semoga segala urusan pengecaman jenazah dapat berjalan engan lancar hendaknya.

Mudah-mudahan anak-anak ini tenang di sana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori