Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Petani Bimbang Projek Punca...

PARIT BUNTAR - Kira-kira 500 petani di Titi Serong bimbang projek menaik taraf...

PAS Wajar Berjuang Sendirian...

KUALA LUMPUR - "Kita (PAS) jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa...

Bapa Saudara Dicekup Sumbang...

JOHOR BAHRU - Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang...

Pendaftaran GPS Diluluskan –...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pendaftaran Gabungan Parti Sarawak...

MH370: Hantar Pegawai DCA Bantu Kenal Pasti Serpihan

KUALA LUMPUR – Malaysia menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ke Madagascar untuk membantu mengenal pasti satu serpihan yang mungkin berasal daripada pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan serpihan berkaitan pesawat yang hilang itu ialah sama ada Malaysia menghantar pegawainya ke sana atau serpihan berkenaan dihantar ke sini untuk dikenal pasti.

Bagaimanapun, kata beliau, berikutan dakwaan bahawa konsul kehormat Malaysia di Madagascar Zahid Houseinaly Reza, yang membantu proses pengambilan serpihan yang terdampar di pulau itu dibunuh bulan lepas, maka pegawai berkenaan dihantar ke sana.

“Serpihan itu tidak dihantar ke sini, tapi kita menghantar pegawai ke sana,” katanya kepada pemberita apabila ditanya tentang perkara itu selepas merasmikan sambutan Hari Maritim Sedunia 2017 di sini hari ini.

Liow juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang pembunuhan itu dan sebaliknya menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan tugas mereka.


Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur. Kejadian ini dianggap misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia. – BERNAMA

Kategori