Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Thai Belajar Buat...

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki yang didakwa membuat sembilan butir bom...

Senarai Calon Parti Bersama...

GEORGE TOWN – Berikut adalah senarai calon Parti Bersama Malaysia (MU) di lima...

Padah Sembunyi Mayat Bayi...

KANGAR – Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin...

Jamal Hanya ‘Perang Mulut’...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan...

Minta Henti Tuding Jari Pada Pusat Tahfiz Sahaja

KUALA LUMPUR  – Tindakan segelintir pihak secara berterusan menyalahkan pengendali pusat tahfiz kononnya tidak mementingkan prosedur keselamatan adalah amat mendukacitakan.

Pengerusi Persatuan Tahfiz Negeri Sembilan, Mohd. Ali Abdul Kadir berkata,  pada dasarnya pengurusan institusi tahfiz di seluruh negara amat mengambil berat aspek berkaitan keselamatan nyawa pelajar mahupun tenaga pengajar.

Bukan itu sahaja jelas Mohd. Ali, mereka juga sering menganjurkan program berkaitan keselamatan dengan kerjasama daripada pihak bomba negeri dan juga kebangsaan.

“Kami ambil berat soal keselamatan pelajar dan pengajar, malah kita banyak anjur program berkaitan keselamatan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan,” katanya.

Beliau mengulas kejadian kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pagi semalam hingga mengorbankan lebih 20 pelajar dan dua warden.

Laporan memberitahu bahawa mangsa yang terkorban semuanya masih remaja, antara usia 13 hingga 17 tahun.

Berikutan kejadian itu, banyak pihak yang menuding jari bahawa punca kejadian adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan keselamatan pihak tahfiz.


Dalam pada itu, beliau juga tidak menafikan komen negatif dilemparkan oleh beberapa pihak ekoran terdapat sesetengah pusat tahfiz yang aspek pembangunan prasarananya masih di tahap permulaan dan kekurangan dana.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar masyarakat dan agensi yang berkenaan tampil bersama membantu pembangunan institusi tahfiz di negara ini.

“Terutamanya agensi kerajaan, mungkin mereka boleh salurkan bantuan dengan menyediakan kemudahan prasarana. Dengan adanya pihak yang memberi bantuan, pasti akan memudahkan lagi urusan pembangunan tahfiz,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas kejadian semalam, Mohd . Ali memberitahu pihak tahfiz telah menghantar segala dokumen dan ia berada dalam pengetahuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ada yang kata bangunan ini tiada sijil layak menduduki (CF) adalah tidak berasas. Bangunan ini dah submit (hantar) dan urusan telah selesai. Perkara tersebut juga berada dalam pengetahuan pihak DBKL sendiri,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori