Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Anggota Unesco Terima Manfaat...

PARIS - Projek bernilai lebih daripada US$5 juta telah diluluskan selama dua tahun...

Defisit Fiskal Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan...

Dua Aiman Sedia Berdepan...

JUARA kategori WIRA KBS 2017, Muhammad Aiman Tahiruddin tidak gentar untuk berdepan cabaran...

Dividen 6.4% KWSP Tahun...

KUALA LUMPUR - Pengumuman dividen 6.4 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Minta Jangan Sebar Video Kebakaran Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR – Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan puluhan nyawa di ibu negara.

Presidennya, Dr. Zubaidah Jamil Osman berkata, pihak psikologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menjalankan bantuan awal psikologi (PFA) kepada mangsa yang terselamat serta ahli keluarga mangsa terlibat.

“Klip video boleh menjadi sangat traumatis dan menggangu bagi mereka yang cuba mengatasi masa-masa yang mencabar dan sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan yang diwar-warkan melalui media sosial hari ini.

Media hari ini melaporkan lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur dipetik sebagai berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh pula mengesahkan semua 24 mayat yang ditemui berada dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain.

Mayat terbabit ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar di bangunan tiga tingkat itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori