Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahathir Antara Punca Kemelut...

KUALA LUMPUR - UMNO mendakwa Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai...

Gagal Patuhi Protokol Di...

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan jika ada elemen rasuah berlaku selepas seorang...

Suami Tetak Isteri, Mentua...

KOTA TINGGI – Hanya kerana selisih faham kerana wang seorang pemandu lori dijatuhi...

Pernah 3 Kali TH...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) diminta tampil menjelaskan spekulasi tentang kenaikan...

Misi Pasca Banjir Bantu Bersih & Baik Pulih Kediaman

KUALA LUMPUR – Team Salute Malaysia akan melancarkan Misi Pasca Banjir Zon Utara 2017 selama tiga hari bermula esok hingga Ahad.

Presidennya Datuk Rizal Mansor berkata misi itu adalah untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kediaman mangsa banjir serta tempat-tempat awam melibatkan beberapa kawasan termasuk Alor Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Kangar.

Ia adalah misi bantuan pasca banjir kedua Team Salute Malaysia selepas misi banjir di pantai timur pada 2014, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rizal, misi kali ini akan disertai 400 sukarelawan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang ditetapkan dan menggunakan 100 kenderaan pacuan empat roda dan dua bas.


“Kami memohon orang ramai mendoakan kejayaan misi kali ini dan keselamatan para sukarelawan yang akan menyumbang masa dan kudrat mereka atas nama kemanusiaan dan sifat keprihatinan yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Kategori