Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Sampai Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Tidak Boleh Undi PRK...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya...

Sumpah Laknat Najib Tak...

KOTA KINABALU - Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata sumpah laknat yang dilakukan...

Kementerian Kewangan Jawab Isu...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi esok (Khamis) berhubung...

MPS Teliti Tindakan Lebih Tegas Pemilik Anjing

SIBU – Majlis Perbandaran Sibu (SMC) sedang meneliti tindakan lebih tegas terhadap pemilik anjing yang membiarkan haiwan belaan mereka bebas berkeliaran.

Pengerusinya Datuk Tiong Thai King berkata ini kerana denda yang dikenakan sekarang terlalu rendah bagi mencegah pemilik anjing daripada berbuat demikian.

Pada masa ini, pemilik anjing hanya perlu membayar RM25 untuk membebaskan anjing mereka yang ditangkap pihak berkuasa buat kali pertama dan RMM50 bagi kesalahan kedua sementara tambahan RM5 dikenakan jika anjing itu didapati tidak mempunyai lesen.

“Majlis sedang meneliti mekanisme lain atau tindakan lebih tegas bagi memastikan pemilik anjing lebih bertanggungjawab dan menjaga haiwan kesayangan mereka,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penuh majlis itu, di sini hari ini.

Berikutan penularan wabak rabies baru-baru ini, pemilik anjing diingatkan berulang kali agar lebih bertanggungjawab dan memastikan anjing masing-masing berada di dalam perkarangan rumah bagi mengelakkan kacau ganggu selain menyebarkan penyakit yang dibawa anjing.

Bagaimanapun masih ramai pemilik anjing mengambil mudah ingataan itu dan membiarkan anjing mereka bebas tanpa ditambat.

Sepanjang bulan ini MPS menangkap 109 ekor anjing dengan 20 ekor telah dituntut oleh pemilik masing-masing.


Tiong turut memberitahu majlis itu akan melaksanakan Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Beg Plastik 2.0 bermula 1 Okt ini bagi mempromosikan gaya hidup hijau dan membantu melindungi alam sekitar Sibu, sekali gus bermakna tiada beg plastik dibekalkan kepada pengguna pada setiap isnin, Sabtu dan Ahad.

Semua peniaga akan menggantikan beg plastik biasa dengan beg plastik boleh biodegradasi atau beg kertas manakala orang ramai pula dinasihati membawa beg mereka sendiri pada hari-hari berkenaan.

Sementara itu, Tiong mengingatkan orang awam bahawa tiada pengurangan atau hapus kira tunggakan cukai taksiran dan surcaj untuk pembayaran cukai taksiran bagi separuh kedua 2017 seperti yang diarahkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Tarikh akhir pembayaran ialah pada 31 Okt dan boleh dibayar di kaunter MPS di Pusat Transformasi Bandar. – BERNAMA

Kategori