Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Pandang Negatif Perpaduan...

KUANTAN - Perpaduan ummah yang menggunakan konsep ta'awun antara parti Melayu Islam di...

Pakatan Hentam SPRM Bila...

KUALA LUMPUR - PAS Pulau Pinang menyelar kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan...

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat pukul...

2 Nelayan Terengganu Dibebaskan...

KUALA NERUS – Dua lagi daripada lima nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa...

Mufti Singapura Malu Ada Ustaz Perut Buncit

SINGAPURA – Mufti Negara Singapura, Dr. Mohd. Fatris Bakaram menyeru para asatizah supaya memberikan perhatian kepada kesihatan mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut laporan media tempatan, ini kerana ia bukan sahaja dituntut oleh agama malah diperlukan oleh golongan agamawan itu dalam menjalankan tugas dakwah mereka seharian kepada masyarakat.

Sebagai ‘penghulu’ kepada pendakwah Islam di Singapura, Fatris, 47, berkata, beliau mahu melihat “golongan asatizah khususnya” memberikan perhatian kepada kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut mufti republik itu ketika ditemui di pejabatnya di sini, ini penting bagi mereka demi melaksanakan tugas dan mengajak masyarakat untuk mengamalkan ajaran Islam, yang juga termasuk aspek menjaga kesihatan.

Fatris justeru ketika menyuarakan pandangan demikian dalam wawancara eksklusif dengan agensi berita tempatan MediaCorp berkata, beliau pernah disentap satu persoalan berkaitan kesihatan, yang diajukan kepadanya.

“Saya agak tersentak apabila diberitahu salah seorang daripada ketua saya dahulu apabila bertugas di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), yang (kini) telah bersara. (Beliau) mengatakan bahawa satu perkara sangat memalukan.

“Ia (adalah) kalau ada ustaz yang perutnya buncit. Jadi saya apabila dengar begitu saya rasa iya tak iya juga. Macam mana kita ini (golongan) ustaz, kita mengajak masyarakat untuk melaksanakan agama.

“Dan antara ajaran agama adalah untuk menjaga kesihatan. Tapi kalau ada kalangan ustaz pula yang perutnya buncit, sangat memalukan. Saya pegang itu. Sesuatu yang menyentap saya,” kongsi Fatris lagi.

Lantaran itu, beliau menguatkan azamnya untuk mendisiplinkan diri, ubah gaya hidup supaya dapat elak penyakit serius. Ini tentu sekali boleh dicontohi golongan asatizah yang akan didik dan bentuk generasi seterusnya.

Mereka diasuh untuk lebih menitikberatkan gaya hidup sihat. Meskipun demikian, untuk tukar gaya hidup mungkin satu ‘jihad’ bagi asatizah. Menurut Fatris, melalui pengalaman peribadinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah.

“Bila jadi mufti, bila jadi ustaz ini, khusus sekali bila datang musim, contoh Maulid Nabi, musim Ramadan. Kita mendapat banyak undangan, majlis dan dalam setiap undangan itu pastinya ada hidangan.

“Lumrahnya ia dalam kategori biasa iaitu nasi beriani, minuman air manis. Jadi itu kena jaga dan saya cuba,” kata beliau secara terus terang sejak dilantik sebagai mufti pada 2011 dan menganggotai MUIS.

Kini, dalam usahanya untuk terus memastikan tahap kesihatan dijaga, Fatris memilih untuk sentiasa berjalan pantas sama ada ketika bersama-sama dengan isteri, empat anaknya atau beberapa lagi rakan asatizah.


“Kalau bulan Ramadan agak kurang saya berjalan. Tetapi sekarang sedang mengembalikan rutin lama, seminggu dalam tiga atau empat kali, sekali jalan dalam 45 minit, satu jam, satu jam lebih sedikit,” kongsi Fatris.

Beliau menambah, sekali-kala apabila ada kesempatan, beliau bermain badminton dengan staf MUIS. MediaCorp juga mendapat tahu antara tempat dijadikan ‘tapak senaman’ beliau ialah di sekitar kawasan MacRitchie.

Seruan Fatris agar asatizah memberi perhatian aspek kesihatan, senaman dan gaya hidup sihat itu disuarakan selaras Perdana Menteri, Lee Hsien Loong juga mengajak rakyat supaya memerangi isu kencing manis.

Masyarakat Melayu tampak lebih terpukul dengan isu ini apabila Hsien Loong dalam amanat Hari Kebangsaan 2017 mendedahkan bahawa kencing manis adalah “krisis kesihatan” masyarakat Melayu sendiri di republik itu.

Ini kerana 50 peratus anggota masyarakat Melayu yang berusia lebih 60 tahun menghidap penyakit kencing manis. Jika dibandingkan kaum lain, 25 peratus daripada orang Cina berusia lebih 60 tahun menghidap kencing manis.

Masyarakat India lebih kritikal dengan 60 peratus dalam golongan usia itu menghidap penyakit tersebut. Secara keseluruhannya sebagai satu masyarakat, 17 peratus orang Melayu di Singapura menghidap kencing manis.

Hsien Loong menyuarakan keprihatinan itu dengan menjelaskan bahawa salah satu sebabnya adalah kegemukan, satu masalah yang lebih ketara dalam kalangan masyarakat Melayu khasnya warga emas.

Untuk dijadikan teladan, Fatris tidak bersembunyi untuk menceritakan tentang pengalaman dirinya sendiri, yang pernah lama menghidap penyakit gout sebelum satu peringkat, doktor terpaksa memberi amaran.

“Kadar gula saya sudah sampai, kata orang itu, ‘borderline’ untuk saya jaga. Pada waktu itu saya rasakan, saya ini masih peringkat umur yang sepatutnya menikmati tahap kecergasan tinggi,” cerita beliau.

Lantas apa yang Mufti Negara itu lakukan? “Jadi saya mengubah gaya pemakanan saya, diet, minuman, makanan yang banyak bergula saya bertindak kurangkan,” tegas Fatris. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori