TIDAK ada yang lebih memalukan ASEAN dalam sejarah penubuhannya sejak 1965 kecuali, apabila komuniti 800 juta penduduk rantau ini membiarkan Myanmar melaksanakan pembersihan etnik terhadap 1.1 juta penduduknya sendiri.
ASEAN kembali ke zaman barbarian dan kanibal apabila gagal mengambil sebarang langkah pencegahan. Sekali gus kelihatan gagal menegakkan undang-undang manusia berakal.
Myanmar yang diterima masuk sebagai anggota ASEAN pada 1995 kini menjadikan Rakhine sebagai The Killing Field abad ke-21. Tragedi pembunuhan massa termasuk bakar bayi dan kanak-kanak, serta jenayah rogol dan bunuh berlaku cara berleluasa dengan penuh kebinatangan.
Kritikan terbuka terbaharu disuarakan Amnesty International terhadap Myanmar, ketika pemimpin ASEAN kelihatan tidak mampu dan peduli langsung untuk menyatakan pendirian secara bersama.
Sebelum ini hanya Malaysia dan Indonesia menyatakan bantahan dan mengkritik sikap Kerajaan Myanmar. Manakala Thailand dan Singapura pula, secara sebelah kaki menyokong langkah jahat Naypyidaw yang masih dikuasai Junta Tentera.
Amnesty International menyifatkan Aung San Suu Kyi ‘menyembunyikan kepala dalam pasir’ apabila enggan bertindak walaupun wujud bukti berdokuman mengenai perlakuan jenayah tentera Myanmar yang merogol dan membunuh orang awam.
Malah, membakar rumah penduduk minoriti Muslim Rohingya. Keseluruhan angka korban terkini melebihi 4000 nyawa. Hampir 3000 pembunuhan berlaku dalam tempih sebulan terakhir ini, sejak 25 Ogos lalu apabila Myanmar melancarkan frasa kedua pembunuhan etnik.
Myanmar ini menjadi Zionis Israel di rantau ASEAN.
Malah, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam sekali lagi mengkritik dan kali ini nada selarannya jelas lebih keras. Satu petunjuk, bahawa PBB sudah melihat krisis Myanmar sebagai di luar batas kemanusiaan.
“Myanmar perlu menghentikan operasi ketenteraan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa sekatan. Myanmar perlu menamatkan penderitaan Rohingya,” katanya semalam.
Namun, Suu Kyi selaku Kaunselor Myanmar yang dilihat sebagai pemimpin de facto boneka Rejim Tentera yang bersembunyi di balik topeng demokrasi, segara membidas kritikan itu.
Malah, mengecam pengkritik peribadinya yang menyifatkan Penerima Anugerah Noble Keamanan Dunia 1991 itu, bertanggungjawab membiarkan krisis pembunuhan etnik berleluasa di Myannar.
Suu Kyi membalas semua itu dengan sinis dan bertentangan dengan fakta dan realiti.
“Mereka yang disahkan sebagai pelarian dari Myanmar akan diterima pulang tanpa masalah,” katanya. Realitinya, 427 ribu pelarian Rohingya kini berada di sempadan Bangladesh. 170 ribu pelarian tiba ketika krisis bermula pada Oktober 2012 hingga Disember 2016.
Angka itu meningkat 247 ribu lagi pelarian baharu dalam tempoh sebulan apabila Myanmar melancarkan penghapusan etnik pusingan kedua bermula 25 Ogos lalu.
Kuala Lumpur perlu bertindak. Adalah memalukan apabila kita tidak mengambil langkah drastik dan dilihat ersekongkol dengan Yahudi ASEAN dan merelakan zaman Barbarian dan budaya kanibal diperlakukan terhadap umat Islam Rohingya. – MYNEWSHUB.CC