Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Tak Bagi Muka,...

Nampaknya memang tidak akan ada kerjasama dengan Bersatu. Sesuatu yang memang dinginkan oleh akar umbi UMNO.

Polis Siasat Gambar Budak...

LORISSANT (Amerika Syarikat) - Satu pasangan suami isteri membuat laporan polis selepas anak...

Polis Digesa Siasat Pihak...

Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin mahu pihak polis menyiasat secara terperinci...

PH Berdepan Masalah Jika...

KOTA BHARU – Pakatan Harapan dijangka berdepan masalah untuk menubuhkan kerajaan jika mereka...

MyCARE Sasar RM350,000 Kutipan Tabung Rohingya

KUALA LUMPUR – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan sebanyak RM350,000 untuk mengisi ‘Tabung Kecemasan Rohingya’ bagi membantu pelarian etnik itu yang berada di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Pengerusi MyCARE Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera kepada pelarian​​​​​​ Rohingya yang semakin bertambah di kawasan itu.

Katanya setakat ini tabung berkenaan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM150,000 hasil kutipan bersama tiga pertubuhan sukarelawan termasuk MyCARE yang berada di Bangladesh.

“Selain dana kewangan, kita turut membawa bersama bantuan termasuk makanan dan air bersih, ubat-ubatan, khemah penempatan sementara dan tandas serta pasukan perubatan.

“MyCARE juga mula mengumpul keperluan menjelang musim tengkujuh sekiranya berlaku banjir di negara berkenaan,” katanya dalam sidang media pelancaran Misi Kemanusiaan MyCARE ke Cox’s Bazar 2 yang akan berlepas ke Bangladesh bulan depan.

Hafidzi menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada MyCARE. Bantuan kewangan boleh dibuat melalui akaun rasmi: Humanitarian Care Malaysia Berhad (Maybank: 5642-5856-0698) atau (CIMB Bank: 8602-135-592) atau (Bank Islam: 1209-2010-0349-04) atau laman web: www.billplz.com/selamatkanrohingya.


Menurutnya melalui misi bantuan kemanusiaan pertama MyCARE ke Cox’s Bazar pada April lepas, sebanyak RM80,000 telah berjaya disampaikan.

Sementara itu, wakil komuniti Rohingya dari Pusat Tahfiz Al-Amin di Kajang, Selangor, Nurul Amin Sirajul Haque berkata berdasarkan situasi meruncing yang dilalui etnik itu, dia tidak berharap untuk pulang ke negara asalnya.

“Bagi pihak semua komuniti Rohingya… saya hanya dapat menyatakan yang kami cintakan negara kami, tetapi kami hanya mahu pulang ke sana jika kami boleh mendapat semua kemudahan untuk hidup dan dilayan sebagai manusia,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

Kategori