Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Kekal Hukuman Gantung...

PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri, akan tetap ke...

Menakjubkan.. Bayi Lahir Tanpa...

ALABAMA – Bayi Eli, merupakan bayi lelaki yang menakjubkan kerana dilahirkan tanpa hidung....

SPRM Abadikan Nama Mendiang...

KUALA LUMPUR - Nama mendiang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Anthony Kevin Morais yang...

Felda Travel Tawar Pakej...

BAGI mengimbau kembali nostalgia sejarah Islam di bumi Anbiyya', Felda Travel selaku syarikat...

Nabila Huda Bakal Tawan Annapurna

HARI ini pelakon Nabila Huda sudah memulakan misi untuk menawan puncak Annapurna, Nepal.

Suaminya, Mohd Izwan Johar atau lebih dikenali sebagai Bert membenarkan pelakon itu menjayakan misi tersebut bersama rakan-rakannya. Misi itu dijangka menambil masa selama dua minggu untuk dilaksanakan.

Nabila juga akan merakamkan perjalanan bersama rakan-rakannya untuk dijadikan satu program travelog spontan.

“Selepas berbulan-bulan berada di set penggambaran drama rantaian, Aurora, saya teruja mencapai impian yang sudah lama terpendam.

“Bert cukup memahami dan memberi keizinan untuk saya bercuti secara solo. Dia faham saya mahu ruang untuk bersendiri.

“Biarpun tidak cukup berlatih, saya harap mental dan fizikal saya kuat untuk memulakan pendakian, hari ini. Doakan supaya segala-galanya dipermudahkan,” katanya dipetik laporan BH Online.

Untuk menjayakan misinya, Nabila mendapat tajaan produk aktiviti lasak seperti Karrimor dan pakaian dari Uniqlo.


Jika anda salah seorang daripada followers Instagramnya, pasti anda tahu cabaran yang perlu dihadapinya. Disebabkan itu juga, ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan Nabila selamat dan berjaya dalam misinya itu.

Nabila juga ada berkongsi pengalaman perjalanannya bermula dari airport ke Kathmandu dan Pokhara seterusnya misi mendaki bermula di Nayapul.

Diharapkan Nabila dan rakan-rakannya selamat dan berjaya dalam misi menawan Annapurna ini. Walau apa pun, mental dan fizikal perlu sentiasa kuat mengharungi setiap cabaran perjalanan menuju puncak. Good luck! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Kategori