Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Chalet Chongkak Park And...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor terpaksa mengambil keputusan drastik menutup kesemua chalet di...

Tiada DNA Babi Pada...

TELUK INTAN - Tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dikesan pada ternakan ikan di...

Najib Nyata Iltizam Terus...

PENDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan iltizam kerajaan pusat...

5 Lelaki Vietnam Dituduh...

JITRA - Lima lelaki warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Nadma Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menunggu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Nadma akan bekerjasama dengan HKL untuk memberi bantuan seperti makanan dan keperluan lain yang diperlukan anggota keluarga mangsa sepanjang berada di HKL.

“Kita dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) akan bantu anggota keluarga mangsa yang menunggu di sini (HKL) sehingga selesai.

“Yang paling utama, saya mengharapkan agar urusan mayat dan pengebumian jenazah dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Terdahulu, beliau melawat tujuh mangsa yang sedang dirawat di Wad Kecemasan dan Pemerhatian HKL.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu, yang terletak di Jalan Keramat Ujung di sini, pada 5.15 pagi tadi. – BERNAMA

Kategori