Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JDT Akan Akur Jika...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) akur jika Persatuan Bola Sepak...

3.6 Juta Rakyat Belum...

PUTRAJAYA - Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, sejumlah 3.6 juta...

KDN Perkenal Undang-Undang Perlakuan...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji kemungkinan mewujudkan undang-undang berkaitan perlakuan...

VIDEO: Remaja Mampu Lentur...

MENGGERUNKAN.. aksi seorang lelaki yang menghadiri ujibakat rancangan realiti popular Britain's Got Talent...

Najib Ucap Tahniah Kepada Merkel Menang Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Canselor Jerman, Angela Merkel atas kejayaan memenangi pilihan raya persekutuan pada Ahad.

Najib berkata beliau akan berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan Jerman.

Dalam siri catatan di twitter beliau hari ini, perdana menteri berkata dengan jumlah US$11.4 bilion, Jerman merupakan pelabur terbesar dalam kalangan negara Kesatuan Eropah di Malaysia dengan pewujudan 63,000 kerja.

Najib berkata pertemuan beliau dengan canselor itu pada tahun lepas telah memberikan hasil produktif.

“(Saya) mengharapkan lebih banyak lagi,” katanya. Najib melakukan lawatan rasmi ke Jerman pada September 2016 – yang pertama olehnya sejak menjadi perdana menteri pada 2009 – atas undangan Merkel.


Pilihan raya itu menyaksikan Merkel dipilih sebagai canselor untuk penggal keempat selepas gabungan Christian Democrat (CDU) dan Christian Social Union (CSU) memenangi 33 peratus undi. – BERNAMA

Kategori