SESUNGGUHNYA zuriat ialah anugerah terindah daripada Tuhan. Siapa yang tak nak zuriat kan? Anak sememangnya matlamat terpenting bila sudah berkahwin.
Tapi sekiranya belum ada rezeki untuk dapat zuriat, nak buat macam mana kan? Sekalipun kita ni mungkin ‘subur’ tetapi jika sudah tertulis belum rezeki, kita sebagai manusia tidak dapat melakukan apa-apa.
Itulah yang dilalui oleh pelantun lagu Angin Kencang, Noh Salleh yang mengakui hatinya mudah terusik bila bicara soal cahaya mata.
Penyanyi ini berkata, dia sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata.
Dia turut menyatakan sebenarnya perkara tersebut bukanlah satu tekanan buatnya. Tapi apa yang membuatkan dia berasa kecewa adalah apabila terdapat pihak yang mempersoal berkaitan perkara tersebut.
“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak,” ujarnya memetik mStar Online.
Noh akui banyak pihak yang sering mempersoal tentang bila mereka hendak menimang cahaya mata setelah enam tahun layari bahtera perkahwinan.
Dia meminta agar soalan sebegini dielakkan malah terus menerus doa yang terbaik buat dia dan isteri.
“Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” katanya.
Noh dan Mizz Nina telah disatukan pada 1 Julai 2011 dalam majlis tertutupyang berlangsung di Ampang Jaya dengan mas kawin sebanyak RM888.88.
Hmmm… Banyakkan bersabar ya? Rezeki akan kita tak tahu. Haaa…Mana tahu mungkin rezeki dapat kembar ke? Sabar ya. –Â MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura