Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Whatsapp Bantu Pelajar Cemerlang...

RAMAI sering menyalahkan media sosial apabila gagal peperiksaan, tetapi bagi pelajar cemerlang Sijil...

FAM Perlu Perkenal Had...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter...

Genap 53 Tahun Siaran...

HARI ini, 53 tahun yang lalu, industri penyiaran negara yang bermula dengan perkhidmatan...

Remaja Dikompaun RM5,000 Rentas...

BUTTERWORTH - Seorang remaja perempuan dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan...

Eyka Farhana Terkejut Video Lucah Tersebar

PELAKON filem Juvana 2, Eyka Farhana dikatakan berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah penyebaran video lucah yang viral di laman sosial sejak Julai lepas.

Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengakui amat terkejut akan kejadian tersebut.

Pelakon ini mula menyedari perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video tersebut.

“Itu bukan saya…Saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain.

“Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,”Ā ujarnya memetik mStar Online.

Jelas eyka lagi, perkara tersebut amat mengaibkan kerana perkara itu timbul ketika anggota keluarga masih dalam keadaan sedih dengan berita pemergian kakaknya pada 23 Ogos lepas.


“Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak ada maruah seperti itu.

“Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketikaĀ Ā saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,”Ā katanya.

Dalam pada itu, Eyka memberitahu dia memandang berat isu ini keranaĀ melibatkan maruah dan tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Sementara itu, pelakon ini juga berharap agar individu berkenaan segera membuang atau mengeluarkan namanya daripada rakaman tersebut. ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori