Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kesihatan Mulut Kanak-Kanak Di...

KUALA TERENGGANU - Statistik status kesihatan mulut dalam kalangan kanak-kanak di Terengganu pada...

Lelaki Sakit Mental Melecur...

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki yang pernah menjalani rawatan sakit mental melecur 90...

The Shore Perkenal 2...

MELAKA - The Shore Shopping Gallery memperkenalkan dua tarikan pelancongan baharu negeri ini...

Zahid Tiba Di Qatar...

DOHA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

NASA Nafi 23 September Kiamat Akibat Planet X

MUNGKIN ada yang pernah dengar nama David Meade? Dialah penulis buku kontroversi dari Amerika Syarikat (AS) mengenai peristiwa kiamat yang berjudul Planet X: The 2017 Arrival.

Menurut versi yang disampaikan David, kiamat konon bakal berlaku pada tarikh 23 September tahun ini. Era berakhirnya bumi itu terjadi setelah sebuah planet yang mematikan bernama Nibiru terlihat di ruang angkasa.

David sangat yakin planet maut Nibiru itu akan merempuh Bumi sebelum melenyapkan umat manusia. Teori beliau itu didasarkan pada beberapa ramalan yang konon tertulis pada dinding piramid di Mesir.

“Sungguh sangat aneh bahawa Piramid Agung Giza menunjukkan pada satu momen yang tepat waktu iaitu 20 hingga 23 September 2017. Apakah ini akhir dari dunia dan transisi menuju Hari Penghakiman,” tulis David.

Menurut David, ketika ini planet Nibiru konon sedang dalam perjalanannya yang panjang untuk menghancurkan kita semua. Lucunya, ramalan beliau itu kemudian dianjak pula kepada bulan yang berikutnya.

Sebelumnya, Nibiru atau Planet X diramal beliau dijangka menyebabkan peristiwa kiamat pada akhir September ini, setelah konon gagal berbuat demikian sekitar Disember 2015 lalu akibat masalah teknikal.

Baca: NASA Sah Bunyi Aneh ‘Kiamat’ Dari Langit Memang Wujud

Kelakarnya lima tahun sebelum itu, ramai pengkaji sejarah antarabangsa mendakwa kalender purba masyarakat Maya yang pupus meramal dunia akan kiamat pada 12 Disember 2012 atau ditulis sebagai 12.12.12.


Menurut ‘penganut’ teori konspirasi moden, Nibiru merupakan planet yang tidak terlihat dan berada di luar Neptun. Akibat gagal dilihat oleh mata kasar, planet misteri itu mendapat gelaran unik sebagai Planet X.

Namun teori kiamat oleh David dan teman-temannya mengenai kedatangan Nibiru itu mendapat bantahan keras daripada pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di AS sendiri.

“Nibiru dan dongeng lainnya tentang planet yang aneh tersebut adalah antara penipuan Internet. Setakat ini belum ada lagi dasar fakta yang dapat mengesahkan dakwaan karut sebegini.

“Jika Nibiru atau Planet X benar-benar nyata dan menuju Bumi, ramai astronomi pasti telah kesan dalam dekad terakhir. Dan sekarang akan terlihat dengan mata kasar,” jelas kenyataan NASA. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori