Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Paha Pemenang Miss BumBum...

PEMENANG tempat kedua Pertandingan Miss BumBum Brazil 2012, Andressa Urach, 27, tidak menyangka dia...

Google Maps Perkenalkan Sokongan...

GOOGLE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan navigasi daripada Google yang mempunyai liputan...

Editor Akhbar Di Sabah...

KOTA KINABALU - Seorang editor sebuah akhbar tempatan cedera dipercayai diserang seorang penunggang...

Perhilitan Kesan Trend Simpan...

KUALA LUMPUR - Haiwan liar kambing gurun kerap dianggap sebagai ‘ibu duit’ bagi...

Nasihat Calon Ujian Rajin Belajar, Bukan Sekadar Doa

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan calon yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi tidak bergantung kepada doa semata-mata.

Sebaliknya mereka pada masa yang sama sepatutnya hendaklah rajin belajar dan mengulang kaji pelajaran untuk lulus dengan cemerlang.

Katanya calon-calon sewajarnya berusaha keras membuat persiapan dan selepas itu barulah memohon doa kepada Allah SWT.

Mufti itu memberi nasihat tersebut pada majlis ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi apabila seorang jemaah meminta beliau membacakan doa agar anaknya mudah menjawab soalan.

Jemaaah berkenaan turut berharap anaknya itu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu depan.

Mohd. Asri bagaimanapun tidak menghampakan hajat jemaah tersebut lalu membaca doa agar semua calon UPSR lulus dengan cemerlang.


“Selepas berusaha dan berdoa namun tidak berjaya, pelajar dan ibu bapa tidak harus kecewa kerana kejayaan menanti orang-orang yang rajin berusaha,” kata Mohd. Asri.

Beliau memberi contoh beberapa rakan sekolahnya yang kurang berjaya dalam bidang pendidikan kini hidup senang melalui rezeki halal kerana mereka terus bekerja keras. – BERNAMA

Kategori