SEBELUM ini netizen digemparkan dengan tular sebuah video tarian berahi dipercayai dilakukan oleh dua pelakon tanah air, Natasha Ellyza dan Fathia Latiff.
Baca: Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen
Terbaharu, pelakon ini dilihat sekali lagi tampil dalam video ‘live’ menerusi aplikasi Bigo miliknya untuk mengucapkan terima kasih. Ehhh… kenapa tu Tasha?
Rakaman video berdurasi kurang daripada 20 minit tersebut memaparkan Natasha yang sedang teresak-esak menangis dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menyebar rakaman tarian berkenaan.
Menerusi video berkenaan, Natasha turut menyatakan pihak terbabit kini telah merosakkan hidupnya sebagai seorang anak seni.
“Thank you eh sebab awak betul-betul dah merosakkan hidup saya for good actually,” ujarnya menerusi live tersebut.
Berulang kali Natasha dilihat mengucapkan terima kasih dan dia mendoakan agar pihak berkenaan hidupnya terus dirahmati oleh Tuhan.
“Kepada orang yang record video tu Tasha harap hidup awak akan selesa sepanjang masa. May God bless you, okay?
“Tasha nak cakap thank you so much sebab buat tanya macam tu,” katanya sambil menangis.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa wanita dalam video yang tular itu sebenarnya bukan Fathia seperti mana yang hangat dikatakan oleh orang ramai.
“Fathia tak ada. Video tu bukan Fathia okay, guys,” ujarnya.
Natasha turut berkata dia tidak faham kenapa perlu ada segelintir pihak yang hendak merakam aksi tersebut sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya dan menyebar kepada umum.
“Tasha tak faham kenapa korang nak kena record benda alah tu? Ya Allah,” ujarnya dengan nada kecewa.
Bagaimanapun, seperti biasa video tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai. Rata-rata antara mereka mengecam teruk tindakan pelakon berkenaan kerana menyalahkan pihak yang merakam.
“Hahahaha… Yang rekod video disalah kan…Yang kau bebal tayang nenen bagai siapa suruh… Berlakon dah la nan hado! Sekarang acah-acah sedih tak bersalah… porrahh… Bakat tak ada kena la jadi murah.. gittew! Orang zaman dulu buat jahat sorok-sorok,” komen Ina Sagittarius.
“Sebabkan orang-orang macam ni la punca iman lelaki rosak… Salah kan diri sendiri la jangan nak ego sangat… sosial lebih… Makan diri sendiri… Zaman sekarang lagi bangga di tayang-tanya pada public… Pebenda entah..,” tulis Syed Yassir Syed Hasan.
Lain kali dik… Ada otak tu guna, ada tu akal berfikir. Sebelum buat apa-apa fikir dulu baik dan buruknya. Maklumlah hidup anak seni ni sentiasa diperhati. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura