Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Ditetak Individu...

BESUT - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera ditetak dua individu bertopeng...

Siti Nurhaliza Ikut Jejak...

SEJAK kebelakangan ini sudah menjadi trend ramai selebriti tempatan membuat perkhidmatan 'Instagram (IG) Review'...

Polis Marin Rampas Diesel,...

Kuching: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak menahan sebuah kapal tangki di...

Graduan Perlu Ada Kemahiran...

ARAU - Selain mempunyai kelulusan cemerlang, graduan harus menyiapkan diri dengan kemahiran yang...

Neelofa Wanita Berjaya, Jadi Contoh Anak Muda

KECOH sebelum ini kontroversi mengenai gaya pemakaian seluar serta tudung Neelofa ketika berada di Itali bersama dengan adik beradiknya pada minggu lalu.

Baca: Jeans Koyak Nampak Lutut, Neelofa Ada Alasan Sendiri

Juga: Neelofa Kongsi Pengalaman Di Forum Youth-UNDP

Kini, Neelofa atau dikenali sebagai Lofa, tampil dengan kenyataan yang matang dan tidak cepat melatah dalam isu yang melanda dirinya itu.

Sebagai wanita Muslimah yang bekerjaya, pertama sekali yang diperkatakan olehnya ialah mengenai hijab dikepalanya itu yang telah disarungkan sejak tahun 2013 yang lalu.

“Saya tidak terfikir dan tidak akan sesekali membuka tudung walau sesaat. Hijab ini membawa siapa saya sekarang.

“Ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi salah seorang speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka.

“Alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Kenapa antara banyak selebriti tempatan, tetapi Lofa yang dipilih? Pastinya wanita berusia 28 tahun ini menepati segala ciri-ciri yang diperlukan.

Tambah pula dengan pengetahuan yang luas, ianya menjadi bonus kepada wanita bijak sepertinya untuk berkongsi buah fikiran.

Kini, nama Noor Neelofa Mohd. Noor telah menjadi bualan hangat apabila dia telah dilantik menjadi duta jenama kosmetik antarabangsa, Lancome serta duta barang kemas mewah, Swarovski.

Lagi: Neelofa Wanita Hijab Pertama Jadi Duta Lancome

Kejayaanya menjadi duta barang kemas mewah Swarovski ketika di Itali minggu lalu telah membawa nama Neelofa sekali gus mengangkat imej Islam di mata dunia.

“Saya juga pernah bertanya kenapa Swarovski mahukan saya, jawab mereka saya mewakili wanita muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza-beza.


“Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta jadi speaker untuk cakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai hijab,” terang wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

Walaupun dihimpit dengan kontroversi, namun Lofa tetap tenang menghadapi semua isu itu termasuk soal gaya tudungnya ketika Minggu Fesyen Swarovsi di Milan.

Tudung gaya ala ala turban itu telah menampakkan anak-anak rambut Lofa yang terkeluar daripada hijab dan sebahagian kecil cuping telinganya.

“Ketika saya di Milan untuk Milan Fashion Week pun, tiada seseiapa yang stereotaip terhadap penampilan saya.

“Orang mungkin tak pernah melihat fesyen terkini dan saya memberi mereka peluang. Satu hari nanti mereka akan tahu,” ulasnya dengan harapan netizen akan lebih bersikap terbuka dalam menilai fesyen yang dikenakannya.

Kejayaan dan semangat yang tinggi di dalam diri Lofa seharusnya dicontoi oleh semua golongan muda yang mempunyai impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Bagi yang suka mengata belakang, sudah-sudah lah tu. Sampai bila kita nak berada di takuk yang lama? Orang lain dah sampai ke bulan, kita masih di katil. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori