Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan...

JDT Sedia Pertahan Kejuaraan...

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah bersedia mempertahankan kejuaraan Liga...

Video: Pelajar Perempuan ‘Dihentak’...

VIDEO memaparkan seorang pelajar perempuan dihentak pegawai polis di sekolah kini menjadi viral...

VIDEO: Mengerikan..Wanita Patah Kaki...

Video saat mengerikan seorang wanita yang sedang melakukan senaman ketahanan kaki namun mengalami...

Negara Perlukan Kekuatan Rakyat – Raja Muda Perlis

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pasukan keselamatan tidak mampu mempertahankan negara bersendirian dan hanya dengan ‘kekuatan rakyat’ keselamatan negara lebih terjamin.

Titah baginda sejarah telah membuktikan kekuatan rakyat faktor utama yang menjamin kesejahteraan, keamanan dan kekuatan sesebuah negara secara berterusan.

Baginda bertitah demikian pada program ‘Berdiri Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mempertahankan Negara’ sempena Hari ATM ke-84 yang akan disambut esok, di Kampung Sempering Hulu, dekat sini, petang semalam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah rakyat sewajarnya melaksanakan peranan dan menyokong usaha-usaha memantapkan pasukan pertahanan selain menyertai pasukan simpanan sebagai barisan kedua.

“Tanggungjawab rakyat tidak terhad kepada kemampuan memikul senjata malah boleh diterjemah dan dihayati dengan pelbagai cara seperti menunjukkan semangat patriotisme,” titah baginda.

Titah Tuanku Syed Faizuddin ancaman yang dihadapi oleh negara pascamerdeka dalam era milenium tidak berpaksikan pada ancaman luaran tetapi melalui perang saraf dan ideologi politik secara halus oleh pihak-pihak yang bercita-cita menjajah negara lain.


Baginda bertitah institusi keselamatan negara tidak akan terlepas dipersendakan dengan pendedahan maklumat malah usaha pembangunan pertahanannya juga diperlekehkan oleh kuasa asing.

Implikasi yang ditanggung oleh negara yang dijajah dalam era milenium memberi kesan amat besar, titah baginda yang mahu konsep pertahanan menyeluruh diterap dalam pemikiran generasi masa kini.

Pada program itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan kayuhan amal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ yang bermula dan berakhir di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar, bertujuan menyampaikan sumbangan.- BERNAMA

Kategori