Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kubur ‘1 Malaysia’ Wujud...

MENJADI viral di kalangan Netizen apabila video rakaman kubur '1 Malaysia' yang dipercayai...

“Minyak Naik Tapi KFC...

SEJAK pagi ini, rancak warga maya mengkritik status Facebook yang dikatakan dimuatnaik oleh Timbalan Menteri...

Video: Rahsia Body Mantap...

SEMENJAK video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan...

Rumah Bekas Penghulu Kampung...

SIBU - Sembilan orang sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung...

Nekad-Siaga Diplomatik Najib Diikiraf Dunia

KUALA LUMPUR – Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah menunjukkan nekad-siaga diplomatik dan kematangan politiknya sebagai pemimpin ASEAN, kata Shan Saeed, Ketua Ekonomi IQI Global.

“Malaysia menjadi perhatian pelabur global atas pelbagai alasan. Pertumbuhan ekonomi pada 5.8 peratus, sistem politik dan demokrasi yang stabil dan matang, ditambah dengan pasaran kewangan kukuh serta lokasi geografi strategik, telah berterusan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing yang menarik.

“Lawatan itu menandakan bahawa pemimpin global seperti Presiden AS, Donald Trump menghargai dan mengiktiraf kepimpinan Najib dalam membawa negara melangkah kehadapan dengan pembaharuan ekonomi dan struktur yang padu untuk menjadi satu daripada ekonomi utama dan sedang meningkat naik ASEAN.

“Pelaburan prasarana di seluruh dunia telah menjadi obsesi baharu bagi banyak negara,” kata Shan kepada Bernama News Channel (BNC) semasa mengulas mengenai lawatan Perdana Menteri ke AS baru-baru ini.

IQI Global ialah syarikat hartanah dan pelaburan utama yang beroperasi dan menyediakan khidmat nasihat kepada pelanggan di Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong, London, Melbourne, Toronto, Manila da Dubai.

Shan berkata, dunia mahu menjalankan perniagaan dengan Malaysia kerana negara merupakan salah satu ekonomi sedang pesat membangun dan meningkat naik di rantau Asia Tenggara.

“Apabila anda ada duit, banyak (negara) mahu menjalankan perniagaan dengan anda..kerana anda sedang meningkat naik.

“Saya rasa Perdana Menteri telah menunjukkan nekad-siaga dan kematangan politik yang luar biasa dan mentadbir ekonomi negara dengan baik. Saya percaya sepenuhnya kepada beliau,” katanya sambil menambah ekonomi perlu ditadbir seperti perniagaan.

Keseluruhannya, Shan berkata ekonomi Malaysia telah mencatatkan prestasi yang sangat baik ditambah dengan peningkatan ringgit.

Beliau mendakwa IQI Global merupakan yang pertama mengiktiraf nilai adil ringgit berbanding dolar AS, pada antara 4.14 dan 4.30.


Sebagai sebuah firma pembrokeran dan syarikat hartanah beliau berkata,” kami amat berbangga yang pelanggan berharga kami menghormati dan menghargai pandangan laporan maklumat pemasaran kami.

“Jadi ini adalah pandangan saya tentang lawatan Perdana Menteri ke AS,” kata Shan yang juga menyifatkan lawatan itu sebagai sangat berjaya meskipun dikritik oleh sesetengah pihak.

Semasa pertemuannya dengan Trump, Najib mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang mengembangkan pelaburan mereka di AS dan juga pembelian lebih banyak pesawat Boeing bagi syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines.

KWSP sahaja dijangka melabur antara US$3 bilion dan US$4 bilion.

Lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 merupakan atas jemputan Trump yang mengambil alih jawatan presiden pada 20 Jan tahun ini.

Ia juga bersempena dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia. – BERNAMA

Kategori