Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Al-Fatihah: Pelawak Veteran Pie...

BALIK PULAU - Pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar atau lebih...

Aliff Syukri Tergamak Hayun...

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai kritikan netizen susulan cara...

3 Warga China Dirawat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, tiga kes jangkitan coronavirus 2019-nCoV...

Izzue Tarik Nafas Lega,...

VOKALIS kumpulan Forteen, Izzue Islam menarik nafas lega selepas perselisihan faham antara dirinya...

Nekmat Sedia Bantu Bawa Pulang Nelayan Dari Indonesia

PUTRAJAYA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bersedia membantu membawa pulang empat nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

Pengerusinya Ahmad Rudin Hussain berkata Nekmat juga akan membantu waris nelayan terbabit dari aspek kewangan bagi membawa mereka pulang.

“Nekmat melalui Ahli Lembaga Pengarah yang berada di Terengganu akan berhubung dengan waris mereka bagi mengetahui perkembangan nelayan tersebut dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Rudin berkata Nekmat yang mewakili seluruh nelayan Semenanjung Malaysia sentiasa bersedia bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus membela nasib nelayan termasuk dalam situasi seperti itu.


Waris nelayan tersebut Norhaslina Awi dilaporkan mengalami kesukaran untuk membawa mereka pulang akibat kekangan kewangan.

Norhaslina berkata dua abangnya Kamaruzaman, 46, yang juga tekong bot dan Roslin, 40, serta sepupunya Mohammad Zamri A Rahman, 46, dan rakan mereka Ariffin Kasim, 58, ditahan pihak berkuasa Indonesia di kawasan perairan Riau pada 16 April lepas. – BERNAMA

Kategori