Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bilangan Pakar Jantung Tak...

PUTRAJAYA - Bilangan pakar jantung di hospital kerajaan tidak mencukupi untuk menampung keperluan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Central...

COVID-19: 11 Juta Penduduk...

WASHINGTON - Keruntuhan ekonomi daripada COVID-19 akan menyebabkan ekonomi China tidak berkembang selain...

Kerajaan Sudah Bayar Faedah...

KOTA BHARU - Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan...

Nenek Cipta Aplikasi Pada Usia 82 Tahun

LAZIMNYA dunia teknologi maklumat lebih cenderung diceburi oleh kanak-kanak dan remaja, namun warga emas ini berjaya membuktikan dia mampu mencipta aplikasi pada usia 82 tahun!

Masako Wakamiya yang berasal daripada Jepun mengambil inisiatif mempelajari kod komputer oleh kerana kecewa dengan pemaju perisian yang tidak membalas cadangannya untuk mewujudkan lebih banyak aplikasi yang disasarkan untuk warga tua.

Menurut laporan RocketNews24, Wakamiya hanya mula menggunakan komputer pada usia 60 tahun.

Bagaimanapun, dia telah membuktikan kepada orang ramai bahawa bukan semua orang tua ‘takut’ kepada teknologi.

Katanya, dia perlu terus mempelajari kemahiran terbaharu supaya hidupnya terus aktif dan lincah.

“Apabila kita semakin berusia, kita akan kehilangan banyak perkara seperti suami, pekerjaan, rambut dan penglihatan namun jika kita belajar sesuatu yang baharu, secara tak langsung ia akan menyuntik semangat diri.

“Sebaik sahaja kita telah mencapai kehidupan profesional yang dimahukan, kita tidak perlu kembali ke sekolah. Namun, berbeza dengan era internet, jika kita mengambil tahu perkembangannya, kita akan ketinggalan,” katanya ketika diwawancara AFP di rumahnya di Tokyo.

Aplikasi permainan patung Hinamatsuri yang dicipta oleh Wakamiya telah dimuat naik sebanyak 42,000 kali.

Dia mula tertarik kepada komputer sekitar tahun 1990-an selepas bersara sebagai kerani bank.

Wakamiya membeli komputer pertamanya pada usia 60 tahun dan menyertai sebuah kelab komputer dalam talian untuk ‘berkenalan lebih rapat’ dengan teknologi tersebut.

Walaupun baru sahaja menyertai kelab komputer berkenaan, dia pandai menyambung komputer ke talian Internet dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.

Setelah mempelajari lebih mendalam tentang komputer, Wakamiya mampu menghasilkan sebuah karya seni dengan corak berwarna-warni menggunakan Excel.

Wakamiya mengambil masa enam bulan untuk menubuhkan sistem pertamanya, bermula dengan mesej Sistem Papan Buletin, sebelum membina kemahirannya menggunakan Microsoft dan kemudian Mac dan iPhone.

Dia mempelajari asas-asas pengekodan dan mengembangkan aplikasi Hinadan yang diilhamkan daripada festival Hinamatsuri sebagai salah satu permainan aplikasi yang boleh dimuat turun di iTunes secara percuma.

“Saya ingin mencipta aplikasi yang menyeronokkan bagi golongan warga emas yang berminat dengan telefon pintar,” ujarnya penuh harapan.

Aplikasi berkenaan pada dasarnya mengajar orang ramai tentang cara yang tepat dan betul untuk mempamerkan anak patung tradisional Hinamatsuri.

Caranya, pengguna perlu menggabungkan kata-kata Hina yang bermaksud anak patung dan kata kunci yang sesuai.


Pengguna aplikasi kemudiannya diminta meletakkan 12 anak patung tersebut dalam posisi masing-masing pada paparan yang disediakan sebelum empat peringkat permainan ini selesai selepas kesemua anak patung berjaya disusunkan di tempat yang betul.

Jika pemain meletakkan anak patung di tempat yang salah, aplikasi itu akan mengeluarkan bunyi ‘Boo’ tetapi jika betul, pemain akan mendengar bunyi hon dan gendang.

Aplikasi yang buat masa ini hanya tersedia dalam bahasa Jepun ini telah dimuat turun sebanyak 42,000 kali dengan ratusan komen positif daripada pengguna.

Walaupun angka tersebut kecil berbanding aplikasi Jepun yang lain tetapi Hinadan telah membuktikan ia cukup popular sehingga Wakamiya merancang untuk membuat aplikasi tersebut dalam bahasa Inggeris, China dan Perancis sebelum musim perayaan tahun depan.

Kejayaan Wakamiya itu telah berjaya mengubah persepsi orang ramai terhadap warga tua. Kajian menunjukkan bahawa dia melakukan perkara betul terutamanya bagi mengelakkan risiko kesihatan seperti Alzheimer dan nyanyuk.

Tidak cukup dengan itu, malah Wakamiya telah membuktikan perkara itu lebih-lebih lagi apabila dia berpeluang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Apple telah menjemput Wakamiya untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Pemaju Aplikasi Seluruh Dunia yang berprestij, sebagai pencipta aplikasi tertua dunia!

“Dia bertanya kepada saya apa yang telah saya lakukan untuk memastikan bahawa orang tua boleh menggunakan aplikasi ini.

“Saya menjelaskan bahawa saya berfikir tentang perkara ini dalam pengaturcaraan hidup saya bahawa orang tua mungkin sudah hilang keupayaan untuk bekerja namun jari kami masih boleh berfungsi dengan baik.

“Cook kemudian memuji saya sambil menambah, saya merupakan sumber inspirasi bagi semua peringkat umur,” katanya bangga.

Pada persidangan itu, Wakamiya diminta berucap dan berkongsi pengalaman dalam menghasilkan aplikasi berkenaan.

Inilah namanya, tua berisi: sudah lanjut usia namun masih gigih menyumbang kepada dunia teknologi! – MYNEWSHUB.CC

Kategori