MERAFAK sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah dilaporkan mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.
Menurut beberapa agensi berita, baginda dilaporkan mangkat sekitar jam 2.30 petang tadi.
Menteri Besar Kedah Darul Aman, Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengadakan sidang akhbar bagi membuat pengumuman rasmi pada jam 5 petang hari ini.
Sementera itu, di laman sosial ramai netizen terkejut dengan berita berkenaan dan melahirkan rasa dukacita atas pemergian baginda.
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah lahir pada 28 November 1927 dan merupakan Sultan Kedah ke-27 dari tahun 1958 sehingga kini.
Selain itu, baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975 dan ke-14 pada 13 Disember 2011. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura