ANDA mungkin menggemari kartun animasi kanak-kanak Boboiboy, tapi anda tahu tak siapa sebenarnya wajah di sebalik suara latar Yaya, kawan baik kepada Boboiboy?
Kalau nak tahu sebenarnya, pemilik suara karakter ‘Yaya’ dalam cerita animasi kanak-kanak itu ialah Nur Sarah Alisya Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Alisya… Dia ni sebenarnya adik kepada hot mummy, Hanis Zalikha.
Bukan apa, baru-baru ni kat Twitter, ada seorang pengguna bernama Niazuliana Athirah memuat naik satu tweet yang mana dia buat ‘makeup look‘ ala-ala Hanis Zalikha. Katanya ada yang cakap mereka ni sama.
Biasalah, netizen kan. Kalau ada yang tak kena dekat mata diaorang, habis semua dia bash! Athirah juga telah diperli oleh netizen yang mengatakan bahawa dia cuma perasan semata.
Kan dia dah cakap ‘ i tried to recreate her rosy cheeks look’. See… Dia sendiri pun tak tahu dekat mana yang ada iras Keknis ni.
Netizen ni pun semuanya jenis pantang tengok orang nak bergurau macam tu. Suka lah nak mengutuk ikut suka hati je. Benda macam ni sekadar suka-suka je pun. Jadi tak perlu nak beria bash sampai macam tu sekali.
Jadi, dalam kecoh-kecoh tu, Alisya mencelah dengan quote tweet yang ditweet oleh Athirah yang mengatakan bahawa dia pun selalu dikatakan ada iras-iras wajah Keknis.
Tapi sayang… Alisya pun turut kena kutuk dengan netizen yang cetek mindanya. Kalau rasa tak sama tu, tak perlu lah komen macam-macam. Ni sampai komen menjatuhkan air muka orang tu pulak.
Tak kisah lah kalau tak tahu yang Alisya ni adik Keknis, tapi rasanya tak perlu sampai nak suruh dia putihkan kulit semua tu.
Sampaikan ada yang suruh dia putihkan kulit, lepas tu baru ada nampak macam muka Hanis Zalikha. Alahai netizen sekalian, adakah kalian masih merasakan bahawa kulit putih saja yang layak digelar cantik?
Mujur Alisya ni bukan jenis yang cepat melenting. Dia masih lagi cool dan membalas dengan ayat yang makan dalam bagi mereka yang menganggap konon gadis berkulit gelap tak cantik.
Ramai juga yang menyokong kenyataan Alisya dan memuji kulitnya yang cantik. Ye lah, kita ni kalau kulit tak putih sekalipun, asalkan tak ada apa-apa masalah pun dah bersyukur kan.
Ingat, jangan sebabkan kata-kata orang lain, anda sampai sanggup nak menyakitkan diri sendiri dengan makan ubat sembarangan. Kulit gelap tak bermaksud anda tak cantik. Semua gadis ni memang dah cantik. Tak kira putih atau gelap.
Yakin diri sendiri, jangan pernah dengar kutukan orang lain. Korang ni jangan sampai nanti Yusuf Iskandar dengan Bujibu datang serang korang sebab korang sedap kutuk Alisya ni ya! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah