Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Produk Makanan Tradisional Budu...

TUMPAT - Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini...

105 Ditahan Dalam Ops...

ISKANDAR PUTERI - Polis telah menahan seramai 105 individu atas pelbagai kesalahan jenayah...

Model Sudah Penat Berjuang,...

DULU Lisa Brown merupakan seorang model, namun dalam masa tiga tahun, berat badannya...

Johor Bakal Lancar 2...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor dijangka melancarkan dua projek khusus untuk usahawan...

Op Dakwa LHDN Sandakan Tumpu 86 Syarikat, Individu

SANDAKAN – Sebanyak 86 syarikat dan individu yang gagal menghantar borang dan tidak membayar cukai akan menerima surat cara tindakan undang-undang menerusi pelaksanaan Op Dakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sandakan yang dijalankan bermula hari ini.

Pengarah LHDN Sandakan Bacho Abdul Karim berkata kes terlibat adalah sebanyak 225 disebabkan ada syarikat dan individu terbabit mempunyai dua hingga tiga kes atas kegagalan menghantar borang dan membayar cukai.

Menurutnya operasi tiga hari itu menumpukan kes berprofil tinggi iaitu syarikat gagal membayar cukai melebihi RM50,000 dan individu gagal membayar cukai melebihi RM30,000.

Katanya surat cara tindakan undang-undang yang dihantar melibatkan saman sivil, saman jenayah, notis pendakwaan dan petisyen untuk bankrap.

“Kes berprofil tinggi menjadi pilihan utama Op Dakwa ini bagi menunjukkan bahawa LHDN komited dalam usaha untuk memaksimumkan pematuhan cukai melalui tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Dakwa peringkat LHDN Sandakan di sini, hari ini.

Seramai 15 pegawai LHDN Sandakan terlibat dalam operasi tersebut yang turut dilancarkan di seluruh negara.


Menurutnya syarikat dan individu yang menjadi sasaran dalam operasi itu sudah diberi notis peringatan ​​dan saman sivil kerana gagal membayar tunggakan cukai, jika masih gagal berbuat demikian mereka akan berhadapan tindakan pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata operasi ini merupakan satu daripada aktiviti pematuhan cukai LHDN yang bertujuan memberikan keadilan kepada pembayar cukai yang patuh secara sukarela. – BERNAMA

Kategori