Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Papan Tanda #BebasAnwar: Pemuda...

PETALING JAYA - Exco Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah hari ini membuat...

7 Cedera, Kereta Jatuh...

Lahad Datu : Tujuh individu termasuk empat kanak-kanak terselamat selepas kereta dinaiki terjatuh...

Z900 Bakal Mendominasi Jalan...

SETELAH berjaya menambat hati dan minat pencinta motosikal berkuasa tinggi di negara ini...

Piala Malaysia: UMNO Kedah...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah melalui program 'Bangkit Bersama Kedah Juara' akan...

Orang Awam Dinasihat Tidak Ambil Gambar Sembarangan

KUALA LUMPUR – Ekoran kejadian tragik kebakaran pusat tahfiz pada pagi Khamis lalu, kawasan Datuk Keramat mula menjadi tumpuan orang ramai.

Jalan di hadapan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikatakan sesak dan semakin banyak kenderaan keluar masuk bagi menyaksikan lebih dekat keadaan institusi berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Koordinasi Dan Pengurusan Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Leftenan Kolonel Mohd. Syukri Madnor berkata, sejak awal pagi lagi orang awam telah memenuhi kawasan kebakaran.

“Ada yang berhenti semata untuk mengambil gambar sahaja. Orang awam dinasihatkan tidak berhenti di kawasan sekitar untuk memastikan pelancaran trafik.

“Selain itu, minta dihentikan juga pengambilan gambar yang tidak berkenaan,” kata Mohd. Syukri ketika ditemubual oleh pihak Sinar Harian.


Namun, ramai juga yang tampil memberikan bantuan dan sumbangan pada pusat tahfiz ini. Pihak berkuasa juga masih lagi mengawasi keadaan sekitar supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, diharapkan semua orang awal dapat memberikan kerjasama dalam bagi memudahkan kerja pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori