AKIBAT terlampau terikutkan gaya Barat sampai terbawa-bawa ke alam realiti? Tapi tak sesuai dengan gayanya.
Kalau kat negara-negara Barat, pakai uniform sekolah dan berkelakuan sumbang pun orang awam tak kisah. Tapi lain pula kalau kat Malaysia?
Silap besar kalau pakai uniform sekolah dan anda berkelakuan sumbang di tepi jalan, mahu kena ceramah kat situ juga.
Begitulah apa yang terjadi apabila seorang pengguna Instagram, Ryzal Syah Putra memuat naik satu gambar yang menjijikkan dan sakit mata yang memandang.
Kejadian itu dikatakan berlaku di SS15 Subang, Selangor ketika Ryzal sedang makan di sebuah restoran bersama dengan anak buahnya. Kelihatan sepasang kekasih berpakaian uniform sekolah sedang bercumbuan di luar restoran.
Kot ya pun dah gatal sangat, tak perlulah ‘open’ sangat sampai nak bercium dekat tempat awam macam tu. Dah lah masih bersekolah. Buat perangai memalukan je.
Bila dah ditegur, baru lah nak pergi. Tapi pergi jauh sikit je. Kemudian sambung semula adegan 18SX tu dekat tempat lain pula.
Memalukan sungguh perbuatan kalian berdua tu! Yang lebih parah lagi, kedua-dua pelajar itu berbangsa Melayu! Kalau dah Melayu, mestilah Islam kan?
Bukan saja memalukan diri sendiri dan nama sekolah, malah memalukan agama sendiri.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengawasi setiap langkah anak-anak. Betul ke lepas habis sekolah dia terus balik rumah? Betul ke ada kelas tambahan lepas habis sekolah?
Namun pokok pangkalnya haruslah terletak pada diri sendiri. Jangan terlampau ikutkan nafsu sampai tergadai maruah diri. Lepas dah kena, baru nak menangis dan menyesal.
Kenapa sebelum kena langsung tak ingat akibatnya? Ingat, masa depan tu penting… Jauh lagi perjalanan nak tempuh. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah