SEKARANG sedang berlangsunya Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) September 2017 di Putra World Trade Centre (PWTC).
Pameran ini telah bermula sejak semalam dan akan berakhir esok (8-10 Sept). Matta Fair bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan.
Secara tidak langsung ia turut menjadi platform kepada para pengusaha industri tempatan untuk memasarkan perkhidmatan masing-masing.
Sebelum ini, Matta Fair Mac 2017 telah diadakan pada 17 hingga 19 Mac lalu yang juga bertempat di PWTC.
Bagi bulan September ini, sebanyak 1,351 booth dan 20 kios telah dibuka bagi menarik minat orang ramai.
Salah satu daripada booth itu ialah pakej umrah yang dijalankan oleh gabungan lima syarikat pelancongan yang berpengalaman dan berdaftar yang dikenali sebagai MyUmrah.
Syarikat-syarikat tersebut ialah Hydramas Travel & Tours Sdn. Bhd., PDC Travel Sdn. Bhd., Five Estec Travel Services Sdn. Bhd., Tasnim Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Ambar Travel & Tours Sdn. Bhd.
MyUMRAH merupakan satu pakej yang amat berbaloi. Perjalanannya juga tidak panjang dan pastinya tidak memenatkan.
Dijangkakan pakej ini bermula pada cuti sekolah hujung tahun ini yang jatuh pada musim sejuk di sana. Setiap penerbangan dijadualkan dan jemaah boleh mengikuti tarikh yang ditetapkan oleh pihak syarikat ini.
Jadi anda dah tak perlu bimbang lagi sama ada pakaj yang ditawarkan ini berbaloi atau tidak. Segala maklumat boleh didapati di pameran Matta Fair yang sedang berlangsung ini.
Anda boleh ke booth MyUmrah di Hall M1 dan bolehlah berbincang mengenai pakej yang dimahukan. Atau anda boleh juga terus menghubungi mereka menerusi aplikasi Whatsapp di talian 012-691 2857.
Syarikat-syarikat yang menganjurkan pakej MyUmrah mempunyai pengalaman belasan tahun dalam menguruskan haji dan umrah. Maka, tak perlulah anda risau lagi.
Para mutawif yang bakal mengiringi perjalanan anda di sana juga akan memberikan penjelasan yang tepat berdasarkan pengalaman yang mereka ada.
Jadi, tunggu apa lagi. Cepat lah bersiap ke Matta Fair September 2017 di PWTC. Jangan lupa singgah di booth MyUmrah di Hall M1. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
*Video sekadar hiasan…