Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agong Yakin Kerajaan Ada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yakin kerajaan dapat mengadakan...

‘Call Centre’ Judi Digempur,...

KAJANG - Seramai 12 lelaki dan seorang wanita warga China ditahan dalam satu serbuan...

Jenama & Inovasi Perlu...

KUALA LUMPUR - Setiap produk atau jenama baharu perlu didokong dengan kepimpinan yang...

Ajaran ‘Sahadah Ilah’ Bertentangan...

NILAI - Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan baru-baru ini bahawa ajaran 'Sahadah...

Pamer Gambar Orang Buang Sampah Di Jakarta

JAKARTA – Gabenor Jakarta baharu, Djarot Saiful Hidayat mengarahkan pihak berkuasa mempamerkan gambar individu yang ditangkap membuang sampah ke dalam sungai.

Djarot berkata, langkah itu diambil bagi menangani sikap buruk orang ramai yang suka membuang sampah hingga menjadikan sungai di bandar itu sangat kotor.

“Saya mengarahkan agensi alam sekitar meningkatkan operasi bagi mencegah pembuangan sampah ke dalam sungai.

“Sekiranya seseorang itu ditangkap membuang sampah ke dalam sungai, tangkap gambarnya dan pamer di kain rentang,” katanya yang dipetik kompas.com.

Menurutnya, kain rentang itu akan diletakkan di kawasan penduduk sebagai satu bentuk hukuman sosial yang diharap menjadi satu pencegahan.


Menurutnya, pihak berkuasa sering melihat penunggang motosikal membuang beg plastik yang penuh dengan sampah ke dalam sungai.

Sungai di Jakarta antara paling tercemar di negara itu akibat sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai. – Agensi/myMetro Online

Kategori