Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Halle Berry, Oliver Martinez...

SETELAH dua tahun hidup bersama sebagai suami isteri, bintang Hollywood terkenal Halle Berry...

Donald Trump Sebenarnya Banyak...

WASHINGTON - Syarikat yang dimiliki Donald Trump berhutang kira-kira AS$650 juta (RM2.6 bilion),...

Skuad Sepak Takraw Wanita...

KUALA LUMPUR ā€“ Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui skuad sepak takraw wanita negara...

PRK Tanjung Piai Diselubungi...

SHAH ALAM - Terlalu awal untuk menentukan sama ada Pakatan Harapan (PH) mampu...

Para KL2017: Malaysia Sapu Bersih 7 Emas Hari Ini

NILAI – Kontinjen negara menyapu bersih tujuh pingat emas yang ditawarkan di Velodrom Nasional Malaysia di sini, pada hari pertama Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) yang membuka tirainya hari ini.

Walaupun upacara perasmian hanya akan berlangsung malam ini, skuad berbasikal negara para sudah pun menterjemahkan semangat ‘luar biasa’ mereka dengan cemerlang hari ini.

Muhammad Adi Raimie Amizazahan muncul penyumbang emas pertama negara menerusi acara kilometer (C1, C2, C3) selepas mencatat masa 1 minit 17.232 saat di garisan penamat.

Rakan senegara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pula meraih perak dengan catatan masa 1:22.844s, manakala gangsa dimenangi pelumba Singapura, Tan Hun Boon dengan 1:48.672s.

Pingat emas kedua negara pula diperoleh dalam acara kilometer (C4) lelaki menerusi Mohd Najib Turano selepas mencatat 1:12.771s, manakala seorang lagi pelumba negara Muhammad Hafiz Jamali meraih perak dengan masa 1:16.493s.

Pelumba Indonesia Muhammad Fadli Imammuddin terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dengan 1:17.444s.

Emas ketiga disumbangkan pelumba wanita negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara pecut (B) wanita.

Nur Azlia Syafinaz dengan jurumudi Noraidillina Adila J Sam menewaskan pelumba Singapura, Emily Lee dan jurumudi, Sarah Tan Hui Zhen 2-0 yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Gangsa pula dimenangi seorang lagi pelumba negara, Nur Syahida Tajudin bersama jurumudi, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang menewaskan pelumba Singapura Delia Kang dengan pengemudi Jeynelle Lee.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Amerika Syarikat, Muhammad Afiq Afify Rizan membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila menyumbang emas keempat negara dalam acara pecut (B) lelaki.

Muhammad Afiq Afify bersama jurumudi Muhammad Khairul Adha Rasul menewaskan rakan senegara, Muhammad Amin Najmi Romzi yang dikemudi Muhammad Firdaus Mohd Zonis 2-0 dalam penentuan pingat emas dan perak.


Gangsa pula diraih pelumba Singapura Jessen Ng Hang Siew bersama jurumudi, Calvin Sin Teck Kwang yang menewaskan pelumba Brunei Muhamad Izan Safree Radat dan jurumudi Muhd Feasal Mohd Nurfadillah.

Pingat emas kelima dimenangi Zuhairie Ahmad Tarmizi dalam acara kilometer (C5) lelaki selepas mencatat masa 1:09.690s mendahului pelumba Filipina Arthus Eustaquio Bucay yang mencatat 1:15.432s untuk perak.

Gangsa pula diraih pelumba Indonesia Sufyan Saori dengan catatan masa 1:19.170s.

Nur Azlia Syafinaz meraih emas keenam negara yang juga emas kedua peribadi dalam acara kilometer (B) wanita selepas mencatat 1:19.359s diikuti rakannya Nur Syahida yang meraih pingat perak dengan 1:20.353s.

Gangsa milik pelumba Singapura Emily Lee dengan 1:25.871s.

Pingat emas terakhir negara diperoleh dalam acara kilometer (B) lelaki menerusi Muhammad Afiq Afify dengan 1:04.236s diikuti rakan senegara Muhammad Amin Najmi yang mencatat 1:07.182s untuk pingat perak.

Gangsa milik pelumba Singapura, Jessen Ng Hang Siew dengan 1:14.542s. – BH Online

Kategori