Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

4 Suspek Terbabit Kes...

Kuala Lumpur : Empat lagi suspek yang dipercayai terbabit kes rogol berkumpulan seorang...

DAP Ambil Kesempatan Kes...

KUALA LUMPUR - DAP seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripada kes seorang penjenayah kes...

Notis Roboh Kuil Batu...

Satu penafian dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang...

Misi Repatriasi Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat...

PAS Sasar Tanding Lebih 100 Kerusi Parlimen

KOTA BHARU – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.

Beliau juga yakin peluang Pas kini lebih cerah di kawasan bandar berdasar penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.

“Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, ” katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun Pas Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu di sini, malam tadi.

Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan. – Bernama

Kategori