Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PM Tonjol Sikap Terpuji...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonjolkan sikap terpuji...

Kit Rawatan Haiwan Pertama...

KUALA LUMPUR - Haiwan kesayangan yang aktif pada waktu malam sering terdedah kepada...

PRU14: Cuti Bomba Dibekukan...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),...

Wanita Kerugian RM5,000, Beg...

BUTTERWORTH - Seorang suri rumah kerugian lebih RM5,000 selepas wang tunai dan barang...

Pogba Direhatkan Dua Minggu Alami Kecederaan

JOSE Mourinho yakin Paul Pogba akan diketepikan selama dua minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika Manchester United menundukkan FC Basel 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan, awal pagi Rabu.

Pemain kebangsaan Perancis itu hanya beraksi selama 19 minit di Old Trafford selepas dikasari Mohamed Elyounoussi.

Mourinho mengesahkan pemain tengah itu akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton, Ahad ini.

Pogba turut dilihat meninggalkan padang dengan menggunakan topang ketiak.

“Saya tidak tahu, tapi bagi saya dua minggu. Saya belum bercakap dengannya atau pasukan perubatan. Namun pasukan bersedia dengan apa jua kemungkinan.

“Kami tidak menangis, tiada Paul pada Ahad (menentang Everton), tapi kami ada Ander Herrera, Marouane Fellaini, Michael Carrick dan juga Nemanja Matic,” kata Mourinho.


Menurut Mourinho, berdasarkan pengalamannya Pogba mengalami kecederaan berkaitan otot.

“Berdasarkan pengalaman saya, kecederaan otot menghalang anda untuk beraksi beberapa minggu, saya fikir begitu,” katanya. – mStar Online

Kategori