Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Lebih 30K Dijangka Sertai...

KUALA LUMPUR - Lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan aman kesyukuran meraikan kejayaan...

RM365j Untuk Bina Kompleks...

PUTRAJAYA - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM365 juta untuk membina Kompleks Endokrin Hospital bagi...

Zamihan Saman Mufti Perlis...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr. Zamihan...

30 Tahun Tinggal Bersama...

PATTALLASSANG, Sulawesi Selatan: Seorang warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua...

Pawang Buaya Maut Dibaham Buaya

SAMARINDA (Indonesia) – Seorang lelaki yang mengaku pawang buaya maut dibaham buaya kelmarin ketika melakukan satu upacara untuk menangkap reptilia ganas berkenaan.

Suprianto, 38, maut akibat dibaham buaya ketika berenang di sebatang sungai di Muara Jawa daerah Kutai Kartanegara, Kalimantan timur.

Lelaki itu dilaporkan sedang melakukan upacara untuk menangkap seekor buaya yang membaham seorang remaja, Arjuna, 16, pada Jumaat lalu.

Akhbar Kaltim Post melaporkan, Suprianto yang mengaku pawang buaya menawarkan diri untuk menangkap buaya yang membunuh remaja itu.

Selepas melakukan upacara, Suprianto turun ke dalam sungai di lokasi Arjuna diserang dan menyelam sebelum timbul semula.

Ketika Suprianto berenang untuk ke lokasi lain, secara tiba-tiba lelaki itu tenggelam dipercayai disambar buaya yang mengheretnya ke dasar sungai.


Kejadian itu disaksikan puluhan penduduk dan video Suprianto turut tular di media sosial di Indonesia.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu mayat kedua-dua mangsa masih belum ditemui. – Agensi/myMetro Online

Kategori