Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sabah, Sarawak Jadi Penentu...

SHAH ALAM - Seramai 56 ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak bersedia berperanan...

Pilihan Raya Jakarta Diadakan...

JAKARTA - Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus...

1MDB Bahan Serangan Bermotif...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Suami Diikat Pada Tiang,...

NEW DELHI - Akibat berkahwin tanpa restu keluarga, pasangan muda diculik sebelum dibelasah...

PBB Digesa Keluarkan Resolusi Hak Etnik Rohingya

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digesa untuk mengeluarkan resolusi mengembleng segala instrumen yang ada pada badan dunia itu bagi memastikan hak kemanusiaan etnik minoriti Rohingya di Myanmar dikembalikan dan keselamatan etnik itu terjamin.

Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN (ARC) Dr Helmi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata perhimpunan Agung PBB yang sedang berlangsung kini sangat bertepatan digunakan untuk mencari penyelesaian krisis Rohingya yang kini sudah sampai di kemuncaknya.

“Krisis Rohingya adalah ujian paling getir terhadap integriti PBB sebagai sebuah badan dunia. Kegagalan PBB dalam mencari penyelesaian terhadap krisis Rohingya adalah antitesis terhadap piagam PBB itu sendiri,” katanya.

Dr Helmi berkata ARC berharap suatu ketetapan tegas dapat dihasilkan dalam perhimpunan kali ini yang mengutuk keganasan dilakukan rejim Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya dan seterusnya memperakui bahawa genosid terhadap etnik itu sedang berlaku di Wilayah Rakhine.

“Apa juga penghasilan daripada Perhimpunan Agung PBB tanpa merujuk kepada perkara di atas boleh dianggap sebagai suatu kegagalan,” katanya.


Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB (UNGA ke-72) di New York, Amerika Syarikat berlangsung pada 18 hingga 26 Sept ini. – BERNAMA

Kategori