Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Laci, Katil Vintaj Dengan...

SEKALI pandang, tidak ada sesiapa yang menyangka perabot berupa laci vintaj dan sebuah...

Krisis Belum Selesai, Sri...

COLOMBO: Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga...

‘Ratu Maut’ Dihukum Penjara...

BEKAS tentera wanita Crotia yang digelar “Ratu Maut” dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun...

Cangkerang UAG Untuk MacBook,...

MACBOOK 2015 mungkin adalah komputer riba paling cantik dengan binaan premium pernah dihasilkan.Kombinasi...

Pelabuhan Malaysia Akan Dipertingkat Dengan China

KUALA LUMPUR – Lima pelabuhan baharu di Malaysia dan China kini merupakan sebahagian daripada Perikatan Pelabuhan China-Malaysia (CMPA), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pelabuhan itu ialah, Pelabuhan Jing Tang dan Pelabuhan Tianjin (China) serta Pelabuhan Kemaman, Sabah dan Kuching (Malaysia), yang bertujuan mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Ia termasuk sebagai pelabuhan pendidikan; latihan dan perantisan; bantuan teknikal; pertukaran maklumat dan perkembangan trafik; serta penggalakkan perkhidmatan perdagangan antara pelabuhan.

“China mempunyai pelabuhan terbaik di dunia dan kerjasama ini akan membuka laluan untuk masa depan yang baik bagi kedua-dua negara dalam memanfaatkan sumber dan potensi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan CMPA kali kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata, pakatan pelabuhan itu turut bertujuan memudahkan perdagangan dengan menggunakan pelabuhan di Malaysia dan China sebagai pintu masuk.

“Dalam usaha untuk menghubungkan perniagaan Malaysia dan China, penggiat logistik perlu memperluaskan penerokaan mereka ke kedua-dua negara,” katanya.

Liow berkata, pihak berkuasa Malaysia sedang memperluaskan pelabuhan utama, khususnya Pelabuhan Klang untuk memudahkan jumlah kapal yang dijangka meningkat pada masa depan.

“Kementerian juga merancang bagi membuka Melaka Gateway untuk digunakan kapal persiaran sebagai destinasi dok serta perkhidmatan penyelenggaraan. Ketika ini, hanya Pelabuhan Pulau Pinang mempunyai kemudahan itu,” katanya.


Sementara itu, semasa mesyuarat tersebut, Liow berkata, Malaysia akan melaksanakan beberapa inisiatif seperti membantu pelabuhan Malaysia untuk muncul sebagai entiti peneraju di rantau ASEAN, sejak negara menjadi penyokong terawal kepada usaha Satu Jajaran, Satu Laluan (OBOR) oleh kerajaan China.

“Usaha itu sudah pasti membuka batasan baharu dan menyediakan peluang untuk kedua-dua negara dari segi sektor logistik,” katanya.

China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dan berlandaskan usaha OBOR yang diumumkan pada 2013, ekonomi wilayah ini dijangka terus berkembang.

Perdagangan dua hala pada 2016 bernilai RM240.91 bilion. – BERNAMA

Kategori