Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

MIB Bukti Komitmen BN...

KUALA LUMPUR - Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) merupakan komitmen dan kesungguhan...

Salahuddin Lawat Sarawak Bertemu...

KUCHING - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk...

Anak Lelaki Khashoggi Tinggalkan...

RIYADH - Anak sulung wartawan dibunuh, Jamal Khashoggi, Salah dan keluarganya sudah meninggalkan...

Festival Layang-Layang Borneo Disertai...

BINTULU - Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo 2017 menarik penyertaan 130 peserta dari 24...

Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Tahfiz

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran berjaya ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut portal Harian Metro yang memetik sumber sebagai berkata, remaja berkenaan kemudian dibawa pihak polis kembali ke lokasi kejadian semalam untuk proses pengumpulan bukti.

Tinjauan di lokasi insiden tersebut mendapati remaja berjaket hitam itu tidak dibawa dalam keadaan bergari, sebaliknya diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Selain memeriksa petunjuk terbaharu iaitu rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV), tumpuan siasatan polis juga adalah keadaan pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz berkenaan.

Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz tersebut dan Taman Tasik Datuk Keramat didapati mempunyai beberapa kesan potong serta sudah diregangkan pihak tertentu.

Sumber memberitahu akhbar berkenaan, polis yang menjalankan siasatan turut sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran misteri pusat tersebut.

“Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota polis meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi antara laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

“Malah, faktor pelajar cuba ‘curi’ menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi turut diambil kira sebagai membantu dalam melengkapkan proses siasatan,” kata sumber.


Jelasnya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan kepada hasil siasatan dilakukan oleh Unit Forensik Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.

Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga menghampiri pagar itu dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlaku pencerobohan. – HAA

Kategori