Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Altimet Nak Beri Peluang...

RATA-RATA peminat muzik tempatan sudah mengetahui bahawa penyanyi rap, Altimet bakal bersara daripada...

KRU Gegarkan Konsert Anniversary...

SIAPA sangka, kumpulan muzik paling popular tahun 90an dan awal 2000 ini sudah...

Polis Marin Sabah Rampas...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya mematahkan cubaan menyeludup...

Isu Rohingya: Anifah Harus...

APABILA Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan ASEAN bukan lagi platform relevan...

Pelajar Malaysia Naib Juara Pidato Mandarin Di Beijing

KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia, Nur Afifah Elias mengharumkan nama negara apabila muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam.

Nur Afifah adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing.

Seorang lagi pelajar Malaysia, Lin Syahirah Hishamuddin dari Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, mendapat hadiah sagu hati.

Lin Syahirah mendapat hadiah sagu hati Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam.

Kedua-duanya pelajar tahun akhir.

Pertandingan itu turut disertai pelajar dari Russia, Itali, Sweden, Jamaica, Korea, Jepun dan Thailand.

Pejabat Education Malaysia Beijing dalam kenyataannya, berkata menerusi pertandingan itu, kemampuan pelajar Malaysia menguasai Bahasa Mandarin sangat terserlah.


“Ini menunjukkan usaha kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan amat tepat sekali dengan menyediakan platform terbaik bagi penguasaan Bahasa Mandarin,” kata kenyataan itu.

Ketika ini, seramai 322 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin dua universiti itu.

Education Malaysia Beijing juga berharap usaha menghantar pelajar Malaysia ke China akan diteruskan dan akan memperkasakan hubungan antara Malaysia dan China. – BH Online

Kategori