Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Israel Pindah Kucing, Anjing...

TEL AVIV - Cadangan seorang menteri kabinet rejim Israel supaya kerajaan Zionis itu...

Kabinet Restu FELDA Ambil...

KUALA NERUS - Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya...

‘Jangan Ikut Perangai Playboy...

SUATU ketika dahulu, suami penyanyi Adira, Datuk Red pernah mendapat perhatian meluas rakyat...

Dalam Senyap, RTM Bersedia...

KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga...

Pelajar Perlu Hargai, Hayati Kemerdekaan – Esscom

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mahu pelajar selaku pewaris negara menghargai serta menghayati kemerdekaan yang dikecapi negara sejak sekian lama.

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata kemerdekaan merupakan jasa pengorbanan orang terdahulu dan selaku anak muda pewaris negara maka kemerdekaan itu perlu dikekalkan dan diwariskan dengan selamat kepada generasi seterusnya.

“Anak-anak sekarang mudah lupa bahawa mereka adalah pemimpin generasi masa hadapan, maka dari awal kita perlu terapkan semangat bahawa kemerdekaan menjadi hak kita semua dan kita mahu kemerdekaan ini diwariskan kepada generasi seterusnya dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Singgah Merdeka Esscom 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segama di sini, hari ini.

Pada program itu seramai 40 anggota serta pegawai Esscom menyertai konvoi ke tujuh sekolah bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agaseh dan berakhir di SMK Segama dengan melibatkan 25 kenderaan termasuk dua kenderaan perisai.


Dalam pada itu Noor Alam berkata konvoi itu antara inisiatif Esscom berkongsi rasa perjuangan pasukan keselamatan dan para pelajar mengenai kepentingan mempertahankan kedaulatan negara selepas kemerdekaan. – BERNAMA

Kategori