Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anggota Tentera Perlu Berjiwa...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa anggota...

Tindakan Kor Ming Biadab...

BERA - Tindakan Anggota Parlimen Taiping, Perak, Nga Kor Ming memuat naik status...

Arun Kasi Dipenjara 30...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda...

Samseng Uighur Ditembak Mati...

Beijing - Sekumpulan ‘samseng’ cuba mengaktifkan satu bahan letupan di sebuah kawasan perniagaan...

Pemandu Korban 4 Nyawa Sekeluarga, Ada 18 Saman

PEMANDU treler beras yang terlibat dalam nahas mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 52 Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan semalam, dilaporkan memiliki 18 rekod kesalahan lalu lintas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintenden Abdullah Daud berkata berdasarkan pemeriksaan dibuat, kesalahan trafik itu telah diperoleh oleh pemandu berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, pemandu tersebut dibebaskan pada hari ini dengan seorang penjamin sejurus keterangannya diambil pihak penyiasat di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang.

“Kita juga jalan ujian air kencing terhadap pemandu itu dan dapati negatif. Dia ditahan semalaman di IPD dan dibebas dengan seorang penjamin selepas keterangan diambil,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi semalam, empat sekeluarga maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler ketika dalam perjalanan di laluan Gua Musang-Kuala Krai.

Baca: 4 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Beras

Difahamkan, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke Kampung Tok Derpah, Tok Sangkut, Pasir Mas atas tujuan berpantang.


Insiden tersebut mengorbankan Zainuddin Anuar, 30; isteri, Raizuamira Daud, 31; anak sulung mereka, Nur Annisa Sofea, 2,  dan bayi lelaki 13 hari, Zayyan Nazreel.

Berdasarkan siasatan, Abdullah memberitahu, kemalangan itu berpunca daripada treler yang dikatakan hilang kawalan kemudiannya memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta mangsa.

“Akibat kemalangan itu kereta dinaiki sekeluarga itu terperosok di bawah treler. Keadaan itu mengakibatkan semua mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori