Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Lebai Ali Food Street’...

BANDAR Kuantan kini memiliki tarikan pelancongan terbaharu dengan wujudnya Jalan Lebai Ali Food...

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

ANKARA - Hanya selepas beberapa hari kes koronavirus (Covid-19) mencecah setengah juta, jumlah...

Potensi Besar Perluasan Kerjasama...

LONDON - Malaysia dan United Kingdom memiliki potensi besar menjalin kerjasama dua hala...

Khir Pulang Tagih Visa...

DUBAI – Lantaran tidak mahu menghampakan peserta Kembara Inspirasi Haji dan pihak lain,...

Pembangkang Perlu Akui Pembangunan Hasil Usaha BN

KENINGAU – Pembangkang perlu mengakui hakikat bahawa mereka turut menikmati pembangunan yang diperjuangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno.

Beliau berkata fakta itu tidak boleh diubah kerana pembangkang bersama-sama dengan rakyat menikmati apa yang kerajaan BN sediakan.

“Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap tahun menyediakan peruntukan besar untuk negeri Sabah bagi membiayai pelbagai pembangunan negeri ini… dan apa yang BN sediakan memberi manfaat kepada seluruh rakyat termasuk pembangkang,” katanya kepada Bernama.

Justeru, katanya isu-isu pembangunan yang dieksploitasi pembangkang hanya bertujuan meraih simpati untuk kelangsungan agenda politik peribadi mereka.

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah mengajak rakyat negeri ini terus menyokong kerajaan BN untuk kekal mentadbir negara.


“Rakyat Sabah sangat selesa di bawah kerajaan BN,” katanya. – BERNAMA

Kategori