Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Seluar ‘Pink’ Samseng,...

TULAR... Seorang lelaki berseluar merah jambu berlagak tunjuk samseng apabila bertengkar sambil memegang...

EXCO Perlu Kerja Sungguh-Sungguh...

ISKANDAR PUTERI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat...

Jabatan Penerangan Melaka Sebar...

MELAKA - Jabatan Penerangan Melaka menjalin kerjasama dengan Unit Tabung Darah, Hospital Melaka...

MIC Sudah Hantar Senarai...

SEREMBAN - MIC telah menghantar senarai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kepada...

Pembangunan Sabah Perlu Kerjasama Padu Rakyat

KOTA KINABALU – Pembangunan Sabah memerlukan kerjasama padu rakyat, sama ada lelaki mahupun wanita, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Untuk itu, beliau berkata, kerajaan negeri tidak bersikap berat sebelah dalam melantik seseorang ke jawatan penting dalam kerajaan, termasuk dari kalangan wanita bagi memastikan rancangan pembangunan negeri dilaksanakan dengan lancar.

“Saya tidak berat sebelah. Saya tidak akan teragak-agak untuk memberi jawatan penting (dalam kerajaan negeri) kepada sesiapa sahaja berdasarkan merit seseorang.

“Jadi, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dalam memberikan peluang seluas-luasnya kepada wanita di Sabah kerana kita yakin wanita juga boleh menyumbang kepada pembangunan negeri sama seperti kaum lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Wanita peringkat negeri, di sini malam tadi.

Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan wanita di Sabah berdaya saing dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.

Beliau mengakui peranan wanita juga penting dalam memantapkan lagi program Transformasi Nasional 2050 (TN50) agar generasi akan datang lebih progresif.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid, berkata kementeriannya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) negeri mengadakan Program TN50 Wanita Sabah pada 29 Ogos lalu.

“Ia untuk mengumpul aspirasi rakyat dalam memperkasakan golongan wanita. Program ini meneroka isu utama masa depan wanita Sabah menuju 2050 dan turut mengenal pasti cadangan dalam merealisasikan aspirasi wanita Sabah menuju TN50,” katanya.


Pada majlis itu, Jainab menyampaikan dokumen TN50 Wanita Sabah mengandungi cadangan memperkasakan wanita Sabah pada masa depan kepada Musa untuk pertimbangan kerajaan.

Ketua Menteri turut melancarkan program keusahawanan ‘Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs’ (CREAM), khusus untuk pembangunan usahawan wanita muda di Sabah sehingga bergelar jutawan.

Sempena sambutan itu, enam anugerah disampaikan kepada wanita Sabah cemerlang, iaitu Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad, yang juga isteri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Siti Rubiah menerima Anugerah Ikon Wanita atas pembabitannya dalam kegiatan kemasyarakatan terutama berkaitan psikologi.

Bekas Peguam Besar Sabah, Datuk Mariati Robert pula menerima Anugerah Wanita Terbilang, manakala juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Patricia Yapp Syau Yin (Anugerah Wanita Cemerlang).

Usahawan minyak aromaterapi dan pembinaan, Marina Harris Embiricos (Anugerah Usahawan Wanita), pengusaha bidang kecantikan, Sahrah Asor (Anugerah Usahawan Wanita Harapan) dan Persatuan Ibu Tunggal Norqaseh Kinabatangan (Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang). – BERNAMA

Kategori