Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rakyat Menanti Pemansuhan Kutipan...

SEPERTI biasa selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) dan pembentukan kerajaan, perkara yang...

GAMBAR: Di Sekitar Majlis...

TANGGAL 25 Disember telah melakar sejarah dalam hidup pelakon Nabila Huda apabila sah...

Restoran Tawar Makan Sambil...

RESTORAN pertama dan menjadi satu-satunya restoran di Paris yang membuka peluang kepada pelanggan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 87 kawasan di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air...

Pembangunan Vendor Bumiputera Jana RM114b

KUALA LUMPUR – Program Pembangunan Vendor (PPV) di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera berjaya menjana nilai vendor sebanyak RM114 bilion sejak dilancarkan pada September 2013 sehingga Ogos 2017, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, selain membangunkan vendor bumiputera, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut membantu pengembangan vendor bumiputera sehingga menjadi jaguh nasional dan serantau.

Sehingga Disember 2016, 10 GLC daripada 20 GLC utama telah melaksanakan PPV dengan membabitkan 1,375 vendor yang kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam mengukuhkan rangka kerja PPV untuk menghasilkan jaguh kebangsaan, serantau dan dunia.

“Pada tahun lepas, syarikat GLC berjaya menghasilkan lapan vendor yang diiktiraf sebagai juara nasional dan satu vendor yang diiktiraf sebagai juara serantau,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis penghargaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori