Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Selangor Rampas Beg...

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 1,500...

Mahdzir Selar Nurul Izzah...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan hari ini menyelar kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai,...

Lebih 100,000 Pesawah Layak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 106,560 pesawah layak menerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah...

Aset Rohana Dalam, Luar...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan aset di dalam dan...

Pemberontak Hala Peluru Berpandu Ke Udara Saudi

RIYADH – Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu pemberontak Yaman lewat semalam, ketika negara itu sedang merayakan hari kebangsaannya, kata tentera gabungan Arab Saudi.

Peluru berpandu balistik itu disasarkan ke arah Khamis Mushait, pangkalan udara utama tentera gabungan yang dipimpin Arab Saudi untuk operasi di Yaman, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi (SPA) yang memetik gabungan itu sebagai berkata.

Difahamkan bahawa peluru berpandu itu dipintas tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan.

“Angkatan Tentera Udara Diraja Arab Saudi mendapati peluru berpandu balistik itu dilancarkan dari dalam wilayah Yaman,” kata SPA.

Serangan berlaku ketika Arab Saudi sedang merayakan hari kebangsaannya dengan persembahan konsert, tarian rakyat dan bunga api di seluruh negara.

Minggu lalu, ketua pemberontak mengancam untuk melancarkan peluru berpandu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menyerang kapal tangki di Laut Merah.


Pemberontak Houthi dan sekutunya, bekas anggota pasukan keamanan Yaman yang dikaitkan dengan bekas presiden Ali Abdullah Saleh, memulakan serangan balas terhadap kerajaan dua tahun lalu.

Tentera gabungan mula campur tangan di negara ini pada Mac 2015 bagi menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, yang mendakwa pemberontak mendapat sokongan Iran, musuh tradisi serantau Arab Saudi. – AFP

Kategori