Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Serang Guna Parang: 3...

JOHOR BAHRU - Tiga remaja lelaki yang terlibat dalam kes mencederakan seorang peniaga...

Laluan Gantung Berlantai Kaca...

BAGI mereka yang sukakan cabaran, laluan gantung berlantai kaca atau Rainbow Skywalk di...

Lawatan Presiden Perancis Tingkat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden...

PM Belanda Tiba Untuk...

SEPANG - Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte tiba di sini hari ini untuk...

Pemimpin Daesh Gesa Anggota Terus Berperang

BEIRUT – Pergerakan Daesh, semalam menyiarkan rakaman gesaan dibuat pemimpinnya, Abu Bakr al-Baghdadi, supaya militan di Syria dan Iraq menentang musuh mereka.

Dalam mesej pertama dalam masa hampir setahun dan menyusul laporan kematiannya, al-Baghdadi menggesa penyokong supaya menyasarkan ‘pusat media’ di negara yang memerangi kumpulan itu.

Amerika Syarikat berkata, ia meneliti rakaman itu dan berkata ‘tiada sebab untuk meragui’ ia adalah asli.

“Pemimpin Daesh dan anggotanya menyedari laluan kejayaan adalah sabar dan menentang pakatan tentera kafir,” al-Baghdadi dilaporkan berkata dalam rakaman itu.

Tidak dapat dipastikan bila mesej itu, yang disiarkan oleh kumpulan media Al-Furqan, dirakamkan.


Dalam rakaman itu, beliau menyelar negara kafir yang diketuai AS, Russia dan Iran, yang bersama-sama negara rakan menyebabkan kekalahan Daesh dalam serangan berasingan di Syria dan Iraq.

“Kita akan kekal, kita akan menentang dan bersabar. Kita tidak akan menyerah,” katanya, sehari selepas tentera Iraq menewaskan Daesh yang merampas sebahagian besar wilayah dalam serangan mengejut sekitar Ramadi di Baghdad. – AFP/myMetro Online

Kategori