Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UPM Hasil Lebih 1,800...

SERDANG - Lebih 1,800 harta intelek (IP) yang mencakupi pelbagai teknologi dan kemudahan...

Oppo N3 Bakal Dilancarkan...

Bagi yang anda yang tidak mengenali Oppo N3, ia merupakan kemaskini kepada peranti...

Hadi Tidak Gelar Orang...

SHAH ALAM - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas,...

Interpol Batal Notis Merah...

RASMI... Tindakan Interpol membatalkan permohonan notis merah dikemukakan India kepada penceramah terkenal, Dr....

Pendidikan Islam Di Tabika Kemas Diperkasa

YAN – Aspek Pendidikan Islam dan kualiti pendidikan di Tabika Kemas di seluruh negara akan terus diperkasa menerusi pemantapan silibus sedia ada, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata untuk tujuan itu, kementerian telah memperkenalkan tiga modul iaitu Penghayatan Pendidikan Islam, Pemupukan Semangat Patriotisme, dan Modul Keyakinan Diri.

“Tabika Kemas turut memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak.

“Jangan ada persepsi yang mengatakan Tabika Kemas tidak berkualiti memandangkan selain dua tabika swasta, Tabika Kemas turut diberi penghargaan sebagai prasekolah terbaik di negara ini,” katanya semasa berucap pada perasmian Majlis Sambutan Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Kedah di Padang Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah Datuk Mohd Tajudin Abdullah. – BERNAMA

Kategori