Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penganjur Perhimpunan 16 Sept...

KUALA LUMPUR - Penganjur 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' pada 16 Sept ini mahu mengadakan...

Peguam Negara Tak Terlibat...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tommy Thomas tidak campur tangan dalam pengambilan keputusan...

Program Bantuan MyBeras Mula...

JOHOR BAHARU - Program bantuan beras, MyBeras, yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini, hanya...

Najib Tonton Perlawanan Akhir...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan...

Penduduk Kuchai Lama Adu Tiada Lampu Jalan

KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 penduduk Jalan Kuchai Lama menghadapi kesukaran untuk keluar dan masuk dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban ke kawasan mereka berikutan ketiadaan lampu jalan dan garisan isyarat memperlahankan kenderaan.

Penduduk mendakwa susur keluar yang terletak di sebelah Lebuhraya Maju Expressway (MEX) itu sering kali berlaku kemalangan terutama pada waktu malam.

Penolong Setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga wakil penduduk, Lee Seang Hock berkata penghadang jalan yang dipasang di sepanjang susur keluar yang cerun dan bengkok itu sering tercalar dan pecah akibat dilanggar kereta disebabkan keadaan gelap.

“Keadaan ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. Apabila hujan pada waktu malam, jalan pada susur keluar itu menjadi sangat licin dan gelap.

“Sudah banyak kali kami mengadu kepada pihak berkuasa termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak setahun lalu, namun tiada sebarang tindakan dilakukan,” katanya kepada pemberita semasa meninjau keadaan susur keluar Lebuhraya KL-Seremban di sini hari ini.

Lee mencadangkan agar syarikat konsesi lebuh raya iaitu PLUS, Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dapat bekerjasama dengan DBKL untuk menaiktaraf infrastruktur susur keluar itu bagi keselamatan pengguna.

“Kami difahamkan pemasangan papan tanda isyarat dan lampu amaran perlu dilakukan oleh DBKL kerana kawasan susur keluar itu merupakan kawasan di bawah jagaan pihak berkuasa itu,” katanya.


Sementara itu Anggota Lembaga Pengarah DBKL, Datuk Wilson Lau berkata pihaknya akan meneliti aduan tersebut dan memanjangkan isu itu kepada ketiga-tiga konsesi lebuh raya tersebut.

“Kami akan mencadangkan kepada Jabatan Perancangan Infrastruktur agar memasang lampu jalan LED di sepanjang susur keluar itu dan bekerjasama dengan ketiga-tiga syarikat konsesi lebuh raya untuk melukis garisan amaran perlahan di atas jalan.

“Selain itu lampu isyarat amaran dan papan tanda amaran juga turut akan dipasang dalam masa dua minggu dari sekarang,” katanya. – BERNAMA

Kategori