Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Remaja Ditahan Tipu Jual...

PENGGUNA yang sering membeli barang secara dalam talian (online) perlu lebih berhati-hati bagi...

Lembu Korban Peluk Tuannya,...

LUCU dan kesian. Tapi apa nak buat... Sebab awak lembu, awak mesti dikorbankan...

10 Pengajaran Yang Boleh...

SABAN tahun, ada sahaja berita hangat yang sering dicetuskan oleh golongan selebriti tempatan...

Zamani Tepis Dakwaan Kembali...

PERNAH bergelumang dengan najis dadah, vokalis terkenal kumpulan Slam menafikan dakwaan sesetengah pihak...

Peneroka Felda Di N.Sembilan Dibenar Bina Rumah Anak

SEREMBAN – Peneroka tanah rancangan Felda di negeri ini dibenarkan untuk membina lebih daripada satu unit rumah khususnya bagi membina rumah generasi kedua dan ketiga, di dalam tapak asal rumah (peneroka).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu dibuat selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan peneroka untuk membina rumah generasi seterusnya di atas tapak rumah sedia ada itu.

Katanya pihaknya menerima banyak permohonan daripada peneroka untuk membina rumah lain bersebelahan dengan rumah yang sedia ada untuk anak-anak mereka.

“Jika sebelum ini kita tidak benarkan bina lebih daripada satu rumah di tapak yang sama, tetapi kini kita luluskan. Mereka boleh membuat rumah sama ada menggunakan duit sendiri atau melalui skim pinjaman perumahan atau SPNB bersebelahan dengan rumah orang tua mereka.

“Bagi anak-anak yang sebelum ini tinggal bersama ibu bapa mereka, kini boleh buat rumah sendiri berdekatan dengan orang tua mereka, tidak perlu lagi tunggu lot tapak baharu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tambahnya, setiap peneroka Felda sebelum ini menerima lot tapak rumah seluas antara suku hingga setengah ekar manakala bagi tanah ladang seluas lapan ekar.

Perdana Menteri pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017, mengumumkan insentif kelulusan membina lebih satu unit rumah dalam satu tapak di tanah rancangan Felda.

Katanya, sebanyak 70,506 tapak rumah dipercayai sesuai untuk dilaksanakan mengikut kaedah itu.


Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata satu rundingan semula bersama pihak pemaju perumahan di negeri ini akan diadakan bagi meminda Dasar Perumahan Negeri Sembilan yang telah dikuatkuasakan pada 2015.

Katanya rundingan itu adalah berkaitan peratusan rumah mampu milik Type A untuk sesuatu projek perumahan itu dinaikkan daripada 15 peratus kepada 20 peratus dan rumah mampu milik Type C yang berharga RM400,000 ke bawah dikurangkan daripada 20 peratus kepada 15 peratus.

“Ini adalah kerana kita melihat permintaan rumah Type A ini amat diminati dan boleh dibeli golongan yang berpendapatan bawah RM3,000. Ini juga bermakna selepas ini, rumah Type A akan dibina lebih banyak di negeri ini,” katanya.

Katanya pemaju perumahan tidak akan mengalami kerugian apabila membina rumah mampu milik Type A kerana ia mendapat permintaan yang tinggi di negeri ini. – BERNAMA

Kategori