Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Ketua Srikandi PKR...

SHAH ALAM - Bekas Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik...

Kumpulan KRU Bakal Bubar...

KUMPULAN RAP terkenal iaitu KRU akhirnya menemui kata sepakat untuk membubarkan kumpulan tersebut...

Beri Subsidi Tak Langsung...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan telah...

Farhan AF Timang Anak...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi bersuara mantap, Farhan Azizan yang telah pun selamat bergelar...

Penetapan Standard Madu Kelulut Mampu Tingkat Kualiti

SERDANG – Penetapan standard madu dan penternakan kelulut mampu meningkatkan kualiti dan keyakinan pelanggan terhadap ketulenan produk madu kelulut negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Wilfred Madius Tangau berkata peningkatan permintaan madu kelulut di pasaran kini telah mengundang pihak tidak bertanggungjawab menghasilkan madu kelulut tiruan.

Sehubungan itu, katanya pembangunan Malaysian Standards (MS) berkaitan madu kelulut merupakan satu keperluan dalam usaha memastikan madu kelulut yang dihasilkan benar-benar tulen dan boleh dieksport ke luar negara.

“Kini kita dapat lihat banyak penjualan madu kelulut tiruan yang berleluasa di seluruh negara, ini boleh menjejaskan kepercayaan pengguna seterusnya menjatuhkan imej produk madu kelulut negara.

“Dengan adanya satu penetapan standard madu kelulut ia mampu menyeragamkan kualiti madu kelulut,” katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran Standard Madu Kelulut (MS2683) dan pemeliharaan lebah dan kelulut (MS2679) di sini, hari ini.
​​​​​​​
Standard yang dibangunkan Jabatan Standard Malaysia dengan hasil kerjasama MOSTI dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu dilancarkan bersempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017).

Standard MS 2683 menetapkan keperluan kualiti, pensampelan, penyediaan sampel ujian, kaedah ujian, kebersihan, pembungkusan dan pelabelan bagi madu kelulut.


MS 2679 pula merupakan satu piawaian daripada segi prosedur operasi standard (SOP) pemeliharaan lebah.

Sementara itu, Madius berkata standard baru ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan oleh kementerian serta agensi yang berkaitan dalam usaha pemantauan dan pembangunan industri madu kelulut. – BERNAMA

Kategori