Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Identiti Kampung Baru Akan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan identiti Kampung Baru dikekalkan serta terus memartabatkan...

Lelaki Timbang Alat Sulit...

SEORANG lelaki yang mendakwa mempunyai alat sulit terbesar di dunia, telah menimbangnya di...

Aplikasi MyTeksi Atau Uber...

KUALA LUMPUR - Hanya kenderaan berlesen dan mempunyai permit sahaja dibenarkan menggunakan aplikasi...

KPM Akan Kongsi Angka...

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti laporan penuh dan akan berkongsi angka...

Penganggur Didakwa Hina Perdana Menteri Di FB

SEPANG – Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menghina perdana menteri gara-gara memuat naik status jelik  di laman Facebook, Januari lepas.

Tertuduh Muhamad Hafizudin Jamil, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Harith Sham Mohd Yasin.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Facebook atas akaun profil “Hafizudin Jamil” didapati telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi mengandungi ayat yang jelik.

Ayat tersebut dikesan dimuat naik  pada 18 Jan, masing-masing pada 10.20 pagi dan 10.28 pagi hari yang sama.

Kedua-dua perkataan itu yang dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain kemudiannya telah dibaca di pautan www.facebook.com/muhamadnak pada 5.30 petang, tarikh yang sama di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Jalan Impact, Cyberjaya dekat sini.

​Berikutan itu, tertuduh berdepan kemungkinan dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Sophian Zakaria dan Norhani Mohd Azhar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan jaminan rendah atas alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan terpaksa menjaga ayah yang sakit sedangkan dia tidak bekerja.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Okt depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori